22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Zahid dahului saingan presiden Umno

Politik
Typography

PEMILIHAN UMNO 2018 | Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendahului kiraan awal dalam persaingan merebut jawatan presiden parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Zahid mendapat 39 undi daripada 191 bahagian, manakala bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula di belakang dengan mendapat sokongan 35 bahagian.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bagaimanapun hanya menguasai 12 bahagian setakat ini.

Keputusan itu diumumkan menerusi akaun Twitter Pemilihan Umno 2018.

Sementara itu bagi jawatan pertandingan timbalan presiden, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh undi 10 bahagian, sementara anggota Parlimen Keterah, Tan Sri Annuar Musa mendapat tujuh undi.

Bagi tiga jawatan naib presiden, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin meraih undi paling banyak dengan empat bahagian, diikuti rapat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang masing-masing memperoleh tiga undi bahagian.

Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula masing-masing mendapat dua undi bagi persaingan naib presiden, manakala Datuk Seri Ahmad Said memperoleh satu undi bahagian.

Diterbitkan   |  Dikemaskini