18
Jum, Ogs
861 ARTIKEL BARU

MANILA - Nuklear Korea Utara menjadi antara isu di pentas Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Filipina.

Mesyuarat mengambil kira ikrar Korea Selatan yang mahu meneruskan usaha memujuk Pyongyang ke meja rundingan.

Bagi tujuan itu, Menteri Luarnya, Kang Kyung Wha, berharap dapat bersemuka dengan Menteri Luar Korea Utara Ri Yong Ho dalam tempoh terdekat.

Katanya, Seoul turut optimis forum serantau ASEAN di Manila itu akan menjadi landasan menegur jirannya itu supaya tidak lagi mencetuskan provokasi demi keamanan di rantau Asia Timur.

 

- Agensi

JAKARTA - Indonesia berharap agar dapat "bergabung suara" dengan Malaysia bagi membantah kekejaman rejim Israel terhadap umat Islam di Palestin, kata bekas Ketua Umum parti Golkar Akbar Tanjung.

Beliau berkata, ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang disegani negara-negara Islam lain kerana kelantangannya dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

"Mengenai isu Palestin dan Masjid al-Aqsa, kami sangat mengharapkan kerjasama Malaysia untuk teruskan dan tentu kita dapat berikan dorongan

Baca Selanjutnya...

BANGKOK - Pertempuran selama sebulan bagi menguasai bandar Marawi di Mindanao antara tentera Filipina dan militan yang bersumpah taat setia kepada pemimpin Daish (Negara Islam), Abu Bakar al-Baghdadi memberi peringatan supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman kumpulan pengganas itu di Asia Tenggara.

Pertempuran sengit di jalanan di Marawi yang meragut nyawa beratus-ratus tentera kerajaan, militan dan orang awam menunjukkan pengaruh Daish yang semakin meningkat di Asia Tenggara walaupun

Baca Selanjutnya...

DOHA - Qatar menegaskan tidak mengetahui ‘hujung pangkal’ atau punca sebenar di sebalik tindakan drastik Arab Saudi dan enam negara lain yang memutuskan hubungan diplomatik dengan negara ini semalam.

Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani berkata, pihaknya turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Arab Saudi, Bahrain, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yemen, Libya serta Maldives me­lakukan tindakan yang ‘tidak pernah dibuat sebelum ini’.

Tegas beliau, pilihan strategik

Baca Selanjutnya...

ISTANBUL - Turki memecat lebih 7,000 anggota polis, tentera dan lain-lain kakitangan kerajaan di bawah satu perintah baharu yang diterbitkan semalam dengan menggunakan kuasa undang-undang darurat susulan kegagalan cubaan rampasan kuasa, tahun lalu.

"Seramai 7,563 orang, termasuk polis dipecat dalam operasi pembersihan terbaharu itu. "Pihak berkuasa Turki turut menarik balik pangkat 342 pesara tentera," lapor agensi berita Anadolu.

Sebelum itu, akhbar harian Hurriyet melaporkan keseluruhannya

Baca Selanjutnya...

BAGHDAD - Lebih 5 juta kanak-kanak memerlukan bantuan segera di Iraq, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyifatkan perang IS sebagai “satu daripada perang paling kejam” dalam sejarah moden.

“Di seluruh Iraq, kanak-kanak terus menyaksikan ketakutan dan keganasan yang tidak dapat dibayangkan.

“Mereka dibunuh, dicederakan, diculik dan dipaksa menembak serta membunuh dalam satu daripada peperangan paling kejam dalam sejarah moden,” kata Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa

Baca Selanjutnya...

LONDON - Polis Metropolitan United Kingdom menamakan dua daripada suspek yang terlibat dalam insiden rempuh dan tikam berhampiran London Bridge dan Borough Market di sini.

Salah seorang suspek dikenal pasti sebagai Khuram Shazad Butt, berusia 27 tahun, warga Britain kelahiran Pakistan.

Sementara seorang lagi suspek dikenal pasti sebagai Rachid Redouane, mempunyai dua kewarganegaraan, Libya dan Maghribi.

Kedua-dua suspek berasal dari kawasan kejiranan Barking di timur London.

Siasatan masih

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..