20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

ISTANBUL - Turki memecat lebih 7,000 anggota polis, tentera dan lain-lain kakitangan kerajaan di bawah satu perintah baharu yang diterbitkan semalam dengan menggunakan kuasa undang-undang darurat susulan kegagalan cubaan rampasan kuasa, tahun lalu.

"Seramai 7,563 orang, termasuk polis dipecat dalam operasi pembersihan terbaharu itu. "Pihak berkuasa Turki turut menarik balik pangkat 342 pesara tentera," lapor agensi berita Anadolu.

Sebelum itu, akhbar harian Hurriyet melaporkan keseluruhannya 7,348 orang, termasuk 2,303 polis dipecat.

Perintah baharu itu dikeluarkan sehari sebelum Turki melepasi tempoh setahun cubaan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Turki berjanji untuk membersihkan 'virus' dalam institusi kerajaan dan menyalahkan cubaan rampasan kuasa gagal itu terhadap ulama di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen tetapi beliau menafikan dakwaan itu.

 

Sejak itu, kira-kira 50,000 orang sudah ditahan dan lebih 100,000 orang sama ada dipecat atau digantung kerja. - AFP

BANGKOK - Pertempuran selama sebulan bagi menguasai bandar Marawi di Mindanao antara tentera Filipina dan militan yang bersumpah taat setia kepada pemimpin Daish (Negara Islam), Abu Bakar al-Baghdadi memberi peringatan supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman kumpulan pengganas itu di Asia Tenggara.

Pertempuran sengit di jalanan di Marawi yang meragut nyawa beratus-ratus tentera kerajaan, militan dan orang awam menunjukkan pengaruh Daish yang semakin meningkat di Asia Tenggara walaupun

Baca Selanjutnya...

DOHA - Qatar menegaskan tidak mengetahui ‘hujung pangkal’ atau punca sebenar di sebalik tindakan drastik Arab Saudi dan enam negara lain yang memutuskan hubungan diplomatik dengan negara ini semalam.

Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani berkata, pihaknya turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Arab Saudi, Bahrain, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yemen, Libya serta Maldives me­lakukan tindakan yang ‘tidak pernah dibuat sebelum ini’.

Tegas beliau, pilihan strategik

Baca Selanjutnya...

DUBAI - Empat negara Arab serentak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menuduh negara itu melindungi pengganas dan campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara mereka.

Agensi berita Bahrain melaporkan, negara sekutu Arab Saudi itu memutuskan perhubungan udara dan laut dengan Qatar, malah warga Qatar yang berada di negara itu diberi tempoh hingga 14 hari untuk keluar daripada negara terbabit.

Sementara itu, Arab Saudi mengumumkan tindakan yang sama dengan mengatakan langkah itu

Baca Selanjutnya...

BAGHDAD - Lebih 5 juta kanak-kanak memerlukan bantuan segera di Iraq, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang menyifatkan perang IS sebagai “satu daripada perang paling kejam” dalam sejarah moden.

“Di seluruh Iraq, kanak-kanak terus menyaksikan ketakutan dan keganasan yang tidak dapat dibayangkan.

“Mereka dibunuh, dicederakan, diculik dan dipaksa menembak serta membunuh dalam satu daripada peperangan paling kejam dalam sejarah moden,” kata Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa

Baca Selanjutnya...

LONDON - Polis Metropolitan United Kingdom menamakan dua daripada suspek yang terlibat dalam insiden rempuh dan tikam berhampiran London Bridge dan Borough Market di sini.

Salah seorang suspek dikenal pasti sebagai Khuram Shazad Butt, berusia 27 tahun, warga Britain kelahiran Pakistan.

Sementara seorang lagi suspek dikenal pasti sebagai Rachid Redouane, mempunyai dua kewarganegaraan, Libya dan Maghribi.

Kedua-dua suspek berasal dari kawasan kejiranan Barking di timur London.

Siasatan masih

Baca Selanjutnya...

KAHERAH - Kumpulan Daish mengaku bertanggungjawab terhadap serangan bom bunuh diri di sebuah perhentian bas di Jakarta pada Rabu.

Insiden mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis. Turut cedera 12 yang lain.

“Pelaku serangan dtrhadap anggota polis dalam satu perhimpunan di Jakarta Indonesia adalah dari kumpulan Daish,” lapor agensi berita kumpulan itu, Amaq pada Khamis.

Serangan pada pukul 9 malam waktu tempatan itu adalah yang terburuk sejak insiden pada Januari 2016 dimana

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..