22
Sel, Mei
925 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat sudah menyediakan bantuan kemanusiaan bernilai hampir AS$151 juta kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal di dan dari Negeri Rakhine sejak awal tahun ini.

Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Amerika Syarikat juga membabitkan kerajaan Myanmar dalam usaha untuk menangani krisis dan cabaran jangka panjang di Negeri Rakhine.

Ini termasuk menuntut penamatan keganasan dan kekejaman besar-besaran dan menangani krisis hak asasi manusia dan kemanusiaan di Negeri Rakhine, memastikan kepulangan penduduk yang kehilangan tempat tinggal dengan selamat, secara sukarela dan bermaruah.

"Amerika Syarikat menyokong negara Myanmar yang aman, makmur dan demokratik yang menghormati hak asasi manusia semua rakyatnya. Kami sedang berusaha untuk segera menangani krisis hak asasi manusia dan kemanusiaan di Negeri Rakhine," kata kenyataan itu.

Ia menambah bahawa Amerika Syarikat juga berusaha untuk mempertanggungjawabkan mereka yang melakukan kekejaman besar-besaran dan perlanggaran hak asasi manusia serta penganiayaan selain menyokong kerajaan Myanmar untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Penasihat

Baca Selanjutnya...

MANILA - Usaha Malaysia untuk membela nasib pelarian Rohingya semakin mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk kuasa-kuasa besar apabila Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex W. Tillerson akan melawat Myanmar, esok.

Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak berkata Tillerson memberitahu beliau semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur di sini bahawa beliau akan ke negara itu untuk melihat situasi pelarian Rohingya dan melihat cara untuk mengatasi masalah kemanusiaan itu.

"Sejak kita

Baca Selanjutnya...

MANILA - China telah memberikan respons positif bagi meredakan ketegangan di Laut China Selatan, termasuk memberi jaminan kebebasan pelayaran serta penerbangan di kawasan itu yang menjadi rebutan beberapa negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakan sejawatannya dari China, Li Keqiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-China di sini hari ini telah menyatakan bahawa lautan itu akan menjadi "tonggak keamanan dan kestabilan" serta memberi jaminan tidak akan menggunakan kuasa

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan sentiasa memperjuangkan bagi lebih banyak usaha untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan di Asia Pasifik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata berdepan dengan pelbagai cabaran keselamatan, negara anggota ASEAN tidak boleh hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.

"Kita semua perlu menyumbang bagi 'pemupukan perkongsian masa depan', dan saya berharap dan berdoa bahawa selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia

Baca Selanjutnya...

MANILA - Myanmar telah menyatakan komitmen awal dan langkah yang sedang diambil oleh kerajaan tentera negara itu dalam menyelesaikan krisis Rohingya di wilayah Rakhine pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu berkata demikian ketika beliau membangkitkan isu Rohingya pada sidang pleno ASEAN itu.

"Bila saya bangkitkan isu Rohingya, Suu Kyi dalam

Baca Selanjutnya...

MANILA - Beberapa jam selepas tiba di ibu negara Filipina untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan jadualnya yang padat dengan bertemu rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe.

Pertemuan 30 minit itu berlangsung di Crown Tower Hotel yang menjadi tempat penginapan Najib dan delegasi beliau.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta

Baca Selanjutnya...

JAKARTA - Wakil Presiden Indonesia Jusuf Kalla hari ini mendesak bekas perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamad memohon maaf atas kata-kata penghinaan terhadap suku Bugis  seperti yang disebut dalam satu ceramah politik pada 14 Oktober lalu.

Portal berita Republika melaporkan, Jusuf terkejut apabila ceramah Mahathir diselitkan dengan kenyataan menghina yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lanun kerana berasal dari suku Bugis.

“Pertama, sebagai orang Bugis, saya

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..