22
Sel, Mei
925 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) dan Rumah Putih baru-baru ini terbukti telah memanfaatkan kedua-dua negara itu, kata seorang bekas pegawai presiden AS.

Ned Ryun, bekas penulis bagi Presiden George W. Bush, berkata hanya Presiden AS Donald Trump dan para penasihat dasar asingnya yang memahami tentang mustahaknya menjalinkan kerjasama dengan seorang pemimpin serantau yang berpengaruh dalam melaksanakan agenda strategik yang penting bagi AS dan Malaysia serta sekutu lain di rantau itu.

"Daripada berlemah lembut dengan diktator dan pengganas yang sekadar bercakap kosong di Rumah Putih, kami mempunyai satu pentadbiran yang sanggup bekerjasama dengan pemimpin yang sedia menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat, bagi mencapai kesepakatan yang saling memanfaatkan," katanya dalam satu artikel yang disiarkan di American Greatness, satu daripada saluran media AS.

Artikel itu, yang bertajuk 'Trump's Malaysia gambit: Call it another win', turut menampilkan gambar Najib dan Trump yang saling tersenyum di Rumah Putih pada 12 Sept lepas, semasa lawatan Perdana Menteri Malaysia itu ke Washington DC.

Ryun berpendapat

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Sejak menjadi anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mulai 1957, Malaysia sentiasa menjadi anggota aktif dalam mempromosi tiga tonggak organisasi antara kerajaan iaitu keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia dan pembangunan, kata Kementerian Luar.

Ia berkata sebagai tambahan dalam memenuhi komitmen dan tanggungjawab antarabangsa di bawah rangka kerja PBB, Malaysia turut memainkan peranan berkesan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada 1965, 1989-1990

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk dua pengeboman yang berlaku di Mogadishu, ibu kota Somalia, yang dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 230 orang pada Sabtu.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

"Amat kesal dengan pembunuhan mereka yang tidak bersalah di Somalia. Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan orang yang tercinta. Kita tidak harus mengalah kepada keganasan," katanya dalam catatan Twitter beliau.

Media melaporkan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian serangan tembakan di konsert muzik di Las Vegas, Amerika Syarikat di mana lebih 50 orang dilaporkan maut dan beratus lagi cedera pada Ahad malam.

Jurucakap Wisma Putra berkata pihaknya telah menghubungi Kedutaan Malaysia di AS bagi mengesahkan maklumat itu termasuk untuk mendapatkan perkembangan lanjut insiden berkenaan.

"Setakat ini tiada orang Malaysia yang terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Baca Selanjutnya...

COX'S BAZAR (Bangladesh) - Malaysia akan membina hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkan etnik Rohingya di sini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina hospital itu yang di peringkat awal boleh memuatkan kira-kira 50 orang pesakit dengan adanya 50 katil di hospital berkenaan.

"Kami telah pun mendapatkan kebenaran daripada Perdana Menteri Bangladesh sendiri Sheikh Hasina dan

Baca Selanjutnya...

LONDON - Beberapa orang telah cedera selepas sebuah kereta merempuh kawasan pejalan kaki berhampiran Muzium Sejarah Semula Jadi di London, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kenderaan dipercayai menaiki tebing jalan lalu merempuh beberapa pejalan kaki di situ.

Polis London bagaimanapun memaklumkan, suspek telah pun berjaya ditangkap di lokasi kejadian.

Pihak polis juga menyifatkan kejadian itu di kawasan South Kensington itu sebagai perlanggaran dan tiada unsur keganasan.

Motif

Baca Selanjutnya...

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah konsert di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas di Nevada, kata polis tempatan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Angka kematian itu, yang masih awal untuk ditentukan jumlah sebenarnya, bakal menjadikan insiden tersebut sebagai yang paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Terdahulu, jurucakap polis Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..