20
Sel, Feb
724 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR: Malaysia memperkenalkan konsep inovasi sosial bagi memupuk keluarga seimbang ke arah pembangunan mampan pada upacara pembukaan Sidang Kemuncak Keluarga Dunia+8 (WFO+8) di Foz Do Iguacu, Brazil.

Sidang empat hari itu berakhir pada Ahad.

Ketua-setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata Malaysia mengemukakan bahawa inovasi sosial itu boleh diterimapakai, disesuai dan dilaksanakan mengikuti konteks masing-masing negara.

"Pendekatan inovasi sosial ialah pembinaan dan pelaksanaan idea baru yang membawa kesan seperti untuk produk, perkhidmatan dan model bagi memenuhi keperluan sosial segala jenis, dari keadaan kerja dan pendidikan hingga kepada pembangunan masyarakat dan keluarga.

"Ia juga merujuk kepada inovasi yang mempunyai tujuan sosial sepertipemerkasaan ekonomi kumpulan terpinggir, kredit mikro atau pembelajaran jarakjauh, inovasi dalam dasar awam dan tadbir urus," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Antara inisiatif inovasi sosial utama yang dilaksanakan Malaysia ialah penggubalan Dasar Keluarga Kebangsaan, Program 1Azam, Perkongsian Maklumat bagi mempertingkat Rangkaian Keluarga, Program

Baca Selanjutnya...

SEPANG,Kumpulan pertama sukarelawan daripada Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) berlepas ke Gaza Ahad malam bagi misi bantuan kemanusiaan dengan membawa sebanyak 7.1 tan ubat-ubatan bernilai RM480,000.

Pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai berkata seramai tiga orang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dengan membawa bersama ubat-ubatan yang disumbangkan syarikat pengedar barangan perubatan Pharmaniaga dan Ain Medicare. "Esok saya bersama dua lagi sukarelawan PGPF serta
Baca Selanjutnya...