21
Rab, Nov
46 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian serangan tembakan di konsert muzik di Las Vegas, Amerika Syarikat di mana lebih 50 orang dilaporkan maut dan beratus lagi cedera pada Ahad malam.

Jurucakap Wisma Putra berkata pihaknya telah menghubungi Kedutaan Malaysia di AS bagi mengesahkan maklumat itu termasuk untuk mendapatkan perkembangan lanjut insiden berkenaan.

"Setakat ini tiada orang Malaysia yang terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Berdasarkan laporan terkini media AS, sekurang-kurangnya 50 orang maut akibat terkena tembakan dan lebih 200 orang lagi cedera selepas seorang lelaki berumur 64 tahun melepaskan tembakan ke arah ribuan pengunjung konsert muzik terbuka di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas.

Jurucakap polis Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan ke arah pengunjung.

Suspek berjaya dibunuh selepas polis mengesannya.

Media tempatan melaporkan kejadian berlaku pada pukul 11.30 Ahad malam yang menyaksikan ratusan das tembakan dilepaskan oleh penyerang tunggal itu.

 

- BERNAMA

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah konsert di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas di Nevada, kata polis tempatan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Angka kematian itu, yang masih awal untuk ditentukan jumlah sebenarnya, bakal menjadikan insiden tersebut sebagai yang paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

Terdahulu, jurucakap polis Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan

Baca Selanjutnya: Lebih 50 Maut Dalam Kejadian Tembakan Di Las Vegas

PUTRAJAYA - Malaysia bimbang bahawa lebih 400,000 etnik Rohingya yang sekarang mencari perlindungan di Bangladesh berikutan pergolakan di wilayah Rakhine kemungkinan menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Ketika berucap pada mesyuarat peringkat tinggi mengenai pemerdagagan orang di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Khamis (28 Sept), Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia dengan ini menggesa sekeras-kerasnya Myanmar untuk mengambil perhatian terhadap desakan yang

Baca Selanjutnya: Malaysia Bimbang Kemungkinan Etnik Rohingya Mangsa Pemerdagangan Manusia

KUALA LUMPUR - Malaysia mengasingkan diri daripada Kenyataan Pengerusi ASEAN mengenai Situasi Kemanusiaan di Wilayah Rakhine yang dikeluarkan di New York, semalam kerana berpendapat ia memberi gambaran yang salah mengenai realiti keadaan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kenyataan itu tidak berdasarkan konsensus memandangkan Malaysia telah menyatakan kebimbangannya berhubung isu itu tetapi dokumen tersebut tidak mencerminkan keadaan itu.

"Kenyataan itu juga tidak menyatakan etnik

Baca Selanjutnya: Malaysia Asingkan Diri Daripada Kenyataan Pengerusi ASEAN Mengenai Rakhine

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) menyifatkan usaha untuk berunding dengan Korea Utara berhubung program pembangunan nuklear, sebagai sia-sia.

Kenyataan Donald Trump itu dibuat beberapa jam selepas Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, mendedahkan pegawai AS sedang berhubung dengan rakan sejawatnya di Korea Utara.

Trump `memperkecilkan' usaha pegawai kanannya itu menerusi kenyataannya dalam laman Twitter.

"Saya memberitahu Rex Tillerson, yang dia hanya membuang masa cuba berunding

Baca Selanjutnya: Rundingan Dengan Korea Utara Hanya Buang Masa - Trump

RIYADH/WASHINGTON - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz semalam mengarahkan supaya wanita dibenarkan untuk memandu, menamatkan tradisi konservatif yang dilihat aktivis hak asasi sebagai lambang penindasan pentadbiran diraja ke atas wanita.

Arab Saudi dikritik secara meluas kerana menjadi satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita daripada memandu, walaupun pembaikan berperingkat ke atas sesetengah isu wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kerajaan bercita-cita tinggi

Baca Selanjutnya: Wanita Saudi Dibenar Memandu

NEW YORK/COX'S BAZAR - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan tegas dan segera bagi menamatkan keganasan ke atas Muslim Rohingya di Myanmar.

Naib Presiden AS, Mike Pence, menyampaikan pendirian Trump itu dalam satu mesyuarat Majlis Keselamatan dan mengisytiharkan krisis itu sebagai satu ancaman kepada dunia.

Beliau mengulangi gesaan AS supaya tentera Myanmar menamatkan keganasan dan menyokong usaha

Baca Selanjutnya: AS Gesa Tamatkan Krisis Rohingya

Lebih banyak artikel..