20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

KAHERAH - Kru mencari dan menyelamat menemui mayat terapung, bagasi dan kerusi daripada pesawat EgyptAir yang terhempas ke dalam Laut Mediterranean tetapi berhadapan tugas lebih sukar mengesan bangkai dan kotak hitam yang penting dalam memastikan punca nahas.

Sementara itu, penerbitan industri penerbangan melaporkan sistem pesawat mengesan asap dalam tandas, menunjukkan kebakaran berlaku sebelum ia terhempas.

Mencari petunjuk sama ada nahas yang mengorbankan 66 penumpang dan anak kapal adalah angkara pengganas, penyiasat meneliti senarai penumpang dan menyoal anggota kru di Lapangan Terbang Charles de Gaulle Airport di Paris lokasi ia berlepas.

Pesawat Airbus 320 itu terbang secara normal di ruang udara dalam penerbangan waktu malam ke Kaherah awal Khamis lalu apabila tiba-tiba condong ke kiri, kemudian ke kanan dan berputar ketika terjunam setinggi 11,582.4 meter ke dalam laut, tanpa memberikan isyarat kecemasan.

Di Mesir, negara kelahiran 30 mangsa, anggota keluarga dan rakan yang kesedihan tertanya-tanya jika orang tersayang akan ditemui. Ramai berkumpul di masjid untuk menunaikan solat jenazah ghaib.

"Inilah yang meruntun hati kami, apabila berfikir mengenainya.

"Apabila

Baca Selanjutnya...

KAHERAH - Tentera Mesir berkata pasukan mencarinya sudah menemui bangkai pesawat EgyptAir yang terhempas di Mediterranean, kira-kira 290 kilometer ke utara Iskandariah.

Pesawat itu membawa 66 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah.

"Pesawat dan kapal tentera laut Mesir menemui barang peribadi penumpang dan sebahagian bangkai pesawat," kata jurucakapnya di laman Facebook. - AFP

 

 

KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir dan Russia berkata pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean ketika penerbangan dari Paris ke Kaherah dengan 66 penumpang dan kru mungkin disebabkan angkara pengganas.

Penerbangan 804, iaitu pesawat Airbus A320 dengan 56 penumpang serta 10 kru, terhempas kira-kira separuh perjalanan antara Pulau Crete Greece dan pantai Mesir atau 282 kilometer dari pesisir selepas berlepas dari lapangan terbang Charles de Gaulle.

Menteri Pertahanan Greece, Panos

Baca Selanjutnya...

KAHERAH - Sebuah pesawat EgyptAir yang berlepas dari Paris ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar, kata syarikat penerbangan itu menerusi Twitter sebentar tadi. 

Tweet syarikat itu berkata, pesawat MS804 berlepas dari Paris pada jam 11.09 malam waktu tempatan (2109 GMT),menuju Kaherah dan dilaporkan hilang dari radar. - AFP

WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat menimbulkan persoalan terhadap kemungkinan pesawat penumpang EgyptAir MS804 yang terhempas, awal semalam diserang pengganas.

Menurut mereka, tiada bukti letupan berlaku dalam pesawat dan mereka kini meneliti semula maklumat risikan untuk menentukan apa yang sebenarnya berlaku pada pesawat berkenaan.

Wakil Demokrat dalam Jawatan kuasa Risikan Kongres Amerika Syarikat itu memaklumkan bahawa terdapat laporan bercanggah mengenai aktiviti pesawat

Baca Selanjutnya...

KAHERAH, Khamis – Pesawat EgyptAir MS804 dari Paris ke Kaherah yang hilang dari radar hari ini disahkan terhempas ke dalam laut awal pagi tadi, kata pegawai penerbangan Mesir.

Menurut syarikat penerbangan berkenaan, pesawat MS804 itu telah hilang dari radar pada jam 2.45 waktu tempatan ketika ia terbang pada ketinggian 37,000 kaki.

“Airbus A320 itu telah hilang 10 batu (16 kilometer) selepas ia memasuki ruang udara Mesir, kira-kira 280km (175 batu) di luar pantai negara utara bandar pelabuhan

Baca Selanjutnya...

NEW DELHI - Seorang wanita India yang melahirkan anak pada usia 70 tahun berkata, dia tidak terlalu tua untuk menimang cahaya matanya yang pertama.

Daljinder Kaur melahirkan seorang anak lelaki bulan lepas setelah menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) di sebuah klinik kesuburan di Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun.

Menurut wanita itu yang telah berkahwin selama 46 tahun, pada mulanya mereka berputus asa selepas berdepan dengan pelbagai rintangan oleh masyarakat India yang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..