10
Isn, Dis
37 ARTIKEL BARU

KEPUTUSAN awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat mendapati calon Parti Republikan, Donald Trump meraih 276 undi, lebih 6 undi untuk beliau bergelar Presiden.

Hillary Clinton pada mulanya tidak mengakui keputusan itu, namun kemudian beliau menghubungi Trump untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya.

Trump telah melepasi jangkaan dan berjaya menyanggah pendapat yang mana menjangkakan Hillary Clinton akan menang di Florida berikutan peningkatan undi Hispanik.

Trump memenangi negeri-negeri utama iaitu di Florida, North Carolina dan Ohio awal pagi ini.

Harapan Hillary Clinton untuk menang pudar sejurus sahaja Trump memenangi beberapa negeri utama berkenaan dan mengekalkan momentum itu.

Kemenangan bapa kepada lima orang anak dan lapan orang cucu itu telah menarik perhatian dunia terutamanya kepada negara-negara Islam berikutan kenyataan kontroversinya yang akan menyekat umat Islam memasuki Amerika.

 

NEW YORK -  Selepas berbulan-bulan menjalankan kempen di seluruh negara, calon Presiden Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton dan Donald Trump kini berdepan debaran menanti pemenang apabila lebih 40 juta pengundi menunaikan tanggungjawab memilih Presiden Ke-45 negara itu.

Berdasarkan jadual pengundian di negeri-negeri, semua pusat pengundian akan ditutup kira-kira pukul 12.00 tengah hari ini waktu Malaysia dan keputusan awal dijangka diketahui bermula pukul 8 pagi esok waktu Malaysia.

Calon

Baca Selanjutnya: Presiden Amerika Syarikat Ke-45: Hillary Atau Trump

BANGKOK - Buat pertama kali dalam tempoh 70 tahun, rakyat Thailand memulakan kehidupan tanpa Raja Bhumibol Adulyadej yang dianggap sebagai bapa yang menerajui negara mengharungi perubahan dan krisis selama beberapa dekad.

Monarki paling lama memerintah di dunia itu meninggal dunia di hospital di Bangkok semalam pada usia 88 tahun.

Beliau mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun tetapi kematiannya mengejutkan negara di Asia Tenggara dengan 67 juta penduduk itu.

Putera Mahkota Maha

Baca Selanjutnya: Warga Thailand Bimbang Masa Depan Tanpa Raja Bhumibol

JAKARTA - Walaupun pilihan raya umum daerah (Pilkada) serentak bagi tujuh wilayah di Indonesia dijadual berlangsung lima bulan lagi, demam untuk memilih wakil rakyat termasuk Gabenor itu telah bermula sebaik tempoh penamaan calon ditutup tengah malam hari Jumaat lepas.

Tujuh provinsi yang terlibat dalam Pilkada yang dijadual 15 Feb 2017 itu ialah Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Aceh, Bangka Belitung, Banten, Gorontalo, Sulawesi Barat dan Papua Barat.

Setelah tamat tempoh penamaan calon

Baca Selanjutnya: Demam Pilihan Raya Daerah Di Indonesia Bermula

JAKARTA - Sekurang-kurangnya seorang disahkan terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera dalam tunjuk perasaan besar-besaran yang diadakan di tengah-tengah kota ini bagi membantah tindakan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau ‘Ahok’ yang didakwa menghina al-Quran.

Tunjuk perasaan yang bermula dengan perarakan menuju ke istana Presiden itu bagaimanapun bertukar menjadi tegang dan ganas hingga gas pemedih mata terpaksa dilepaskan untuk meleraikan kira-kira 50,000 peserta.

Menurut

Baca Selanjutnya: Bantah Ahok: Seorang Disahkan Terbunuh

JAKARTA - Harga rokok di Indonesia bertambah sebanyak 10 peratus mulai Januari tahun depan susulan langkah kerajaan republik tersebut mengambil keputusan menaikkan cukai rokok di negara itu.

Media-media tempatan memetik Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati sebagai berkata, kementerian itu meluluskan peraturan mengenai kenaikan cukai bagi semua jenis dan jenama rokok berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Beliau berkata, kenaikan cukai terpaksa dilaksanakan bagi membolehkan kerajaan

Baca Selanjutnya: Indonesia Naikkan Cukai Rokok Mulai Tahun Depan

LONDON - Sebuah syarikat penerbangan British dituduh bersikap perkauman selepas menghalang tiga beradik Islam daripada mengambil penerbangan dari London ke Itali selepas mencurigai mereka sebagai pengganas.

Maryam, Sakina dan Ali Dharas dalam perjalanan ke Naples untuk bercuti menggunakan penerbangan EasyJet dari Lapangan Terbang Stansted ketika didatangi seorang anak kapal kabin.

Menurut laporan AFP, adik-beradik itu dikepung pegawai polis bersenjata yang menuntut mereka untuk bercakap dalam

Baca Selanjutnya: 3 Beradik Islam Dihalang Naik Pesawat Kerana Dituduh Pengganas

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.