10
Isn, Dis
37 ARTIKEL BARU

ISTANBUL - Kerajaan Turki semalam memecat lebih 2,000 pegawai polis dan ratusan anggota tentera serta penguasa teknologi komunikasi susulan insiden cubaan merampas kuasa di negara itu pada bulan lalu.

Mereka yang dipecat dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang tokoh agama di Amerika Syarikat (AS) Fethullah Gulen, individu yang dituduh mendalangi cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai lalu.

Gulen bagaimanapun menafikan sebarang pelibatan dalam cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki.

Difahamkan, kerajaan Turki mengeluarkan dua dekri yang diterbitkan untuk menutup penguasa telekomunikasi dan satu lagi keputusan di mana presiden akan melantik ketua pasukan tentera.

Di bawah dekri perintah darurat sebelum ini, Turki dikatakan sudah mengeluarkan arahan untuk melucutkan jawatan ribuan anggota pasukan keselamatan serta mengarahkan penutupan ribuan sekolah privet, badan-badan amal dan institusi-institusi yang disyaki mempunyai kaitan dengan Gulen.

Pemecatan terbaharu ini dikatakan melibatkan 2,360 pegawai polis, lebih 100 anggota tentera dan 196 kakitangan penguasa teknologi.

Selain itu, lebih 35,000 orang ditahan dalam penyingkiran yang dibuat secara besar-besaran sejak

Baca Selanjutnya: Turki Pecat 2,000 Kakitangan Awam Terlibat Rampasan Kuasa

BUENOS AIRES – Pelarian yang ditempatkan semula di Amerika Syarikat tidak pernah melakukan serangan keganasan terhadap negara itu, ujar Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

Memetik kata-katanya kepada AFP dalam sidang akhbar di Argentina beliau berkata, tiada satu pun insiden di Amerika yang pernah dilakukan oleh pelarian sepanjang operasi pencegahan keganasan dilakukan.

Sebaliknya menurut Kerry, insiden keganasan dilakukan oleh mereka yang berada di dalam Amerika Syarikat atau

Baca Selanjutnya: Pelarian Islam Tak Pernah Serang Kami- Setiausaha Negara AS

ISTANBUL - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat tiga bulan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan lebih berkesan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam cubaan rampasan kuasa, minggu lalu.

Erdogan berkata langkah itu sejajar dengan Perlembagaan Turki dan tidak menyalahi sebarang peraturan undang-undang dan asas kebebasan rakyat Turki.

Perintah darurat yang dikuatkuasakan selepas diwartakan secara rasmi akan membolehkan Presiden dan Kabinet melangkaui

Baca Selanjutnya: Insiden Turki : Erdogan Isytihar Darurat 3 Bulan

KAHERAH - Rakaman audio dari kotak hitam pesawat EgyptAir yang nahas Mei lalu mendedahkan berlaku perbualan dari dalam kokpit tentang kebakaran, lapor BBC.

Perkara itu disampaikan pegawai penyiasat Mesir yang bertanggungjawab menyiasat nahas tersebut.

Namun, jawatankuasa penyiasatan berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkan di mana dan punca kebakaran itu berlaku.

19 Mei lalu, pesawat MS804 yang membawa 66 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas di Laut Mediterranean ketika dalam

Baca Selanjutnya: Nahas EgyptAir : Kebakaran Dalam Pesawat Sebelum Terhempas

DUBLIN – Potret calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trump menjadi hiasan tempat buang air kecil di sebuah bar di sini.

Para pekerja di bar Adelphi berkata, mereka belum pernah menerima sebarang aduan mengenai tandas baharu tersebut, namun akan menukarnya sekiranya Trump sah menjadi Presiden AS pada November nanti, lapor portal berita The Telegraph.

“Jika dia dilantik oleh rakyat Amerika nanti, kami akan menukar latar itu dengan segera sebagai menghormati pilihan

Baca Selanjutnya: Potret Trump Jadi Hiasan Di Tandas Bar

PRESIDEN Turki, Racep Tayyib Erdogan kali pertama mengadakan temubual dengan media selepas menghadapi detik-detik rampasan kuasa yang dilancarkan pihak tentera yang khianat beberapa hari lalu.

Saat mencemaskan itu berlaku selama lima jam itu bermula selepas tengah malam, membunuh 290 nyawa termasuk 165 anggota tentera yang khianat.

Dalam wawancara sejam bersama wartawan Becky Anderson, Erdogan, 64, mendedahkan bagaimana beliau menghadapi detik-detik mencemaskan itu.

Misi sebenar, bukan

Baca Selanjutnya: Erdogan Dedah Detik Cemas Rampasan Kuasa Di Turki

ISTANBUL - Turki terus memperluaskan operasi 'pembersihan' dengan memburu suspek yang menyokong kepada cubaan rampasan kuasa yang sehingga kini lebih 6,000 tentera dan anggota kehakiman sudah ditahan.

Presiden Tayyip Erdogan dan kerajaan mendakwa pemimpin Islam yang berpangkalan di Amerika Syarikat (US), Fethullah Gulen, bekas seteru Erdogan sebagai orang yang bertanggungjawab mewujudkan rangkaian pemberontakan dalam angkatan tentera, mahkamah, polis dan media.

Penyokong Erdogan yang

Baca Selanjutnya: Insiden Turki : 6,000 Tentera, Anggota Kehakiman Ditahan

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.