25
Sab, Nov
948 ARTIKEL BARU

Najib-Trump Sepakat Desak Keganasan Terhadap Rohingya Dihentikan

Dunia
Typography

WASHINGTON DC - Malaysia dan Amerika Syarikat sepakat untuk mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap kaum Rohingya dan membenarkan bantuan sampai kepada mangsa.

Dalam kenyataan bersama Presiden Donald Trump dan Datuk Seri Najib Razak yang dikeluarkan, kedua-dua pemimpin mahu krisis kemanusiaan yang menyayat hati yang menjadikan kaum Rohingya sebagai sasaran kekejaman dihentikan segera.

Mereka sependapat mengenai perlunya ada kerjasama kukuh membabitkan masyarakat antarabangsa bagi menangani keganasan terhadap ribuan mangsa, termasuk yang telah melarikan diri ke Bangladesh.

Sementara itu, seperti yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia, Najib berkata beliau telah membawa isu itu dalam pertemuan dengan Trump semalam.

Menurut beliau, Trump berkongsi kesedihannya dalam isu itu dan masing-masing mahu ia dihentikan.

Katanya, kemungkinan besar akan ada bantuan kemanusiaan dihulurkan bagi membantu kesengsaraan Rohingya yang dunia tidak boleh abaikan begitu sahaja.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum Banyan Tree Leadership di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CISS), di sini tengah hari waktu tempatan hari ini.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.