17
Jum, Ogs
62 ARTIKEL BARU

Daesh Ugut Serang AS

Dunia
Typography

KUALA LUMPUR - Kumpulan Daesh mengancam melakukan serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan pentadbiran Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perkara itu didedahkan menerusi satu daripada akaun media sosial militan itu, menurut laporan Reuters.

Dalam satu mesej Telegram bertajuk, “Tunggu Kami’ dan ‘ISIS (Daesh) di Manhattan’, kumpulan itu bersedia menjalankan operasi sambil menunjukkan imej Times Square New York serta tali pinggang bom dan peranti letupan.

“Kami akan melakukan lebih banyak operasi di negara anda sehingga jam terakhir.

“Kami akan membakar dengan api perang yang anda mulakan di Iraq, Yaman, Libya, Syria dan Afghanistan. Anda hanya perlu tunggu.

“Pengiktirafan Trump ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan menjadikan kami mengiktiraf bahan letupan sebagai ibu kota negara anda,” menurut mesej itu.

Kebanyakan militan termasuk mereka yang mendakwa taat setia kepada Daesh menjalankan sejumlah serangan maut di Eropah, Asia Barat, Afrika, Asia dan AS sejak dua tahun lalu.