21
Rab, Nov
46 ARTIKEL BARU

Comelnya Dhury Yan, Rambutt'an...

Bahasa Melayu
Typography
Nor Farhani Che Ad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

“KAMI tidak kisah nama anak seperti nama buah kerana ia diberi oleh datuk saya yang mungkin mempunyai sebab tertentu," kata Abi Amin Mahayadin, 40.

MyKid dua anaknya yang tertera dengan nama Muhammad Dhury Yan, 6, dan Nur Rambutt'an, setahun lima bulan tular sejak bulan lalu sehingga menarik perhatian ramai.

Abi Amin berkata, dia dan isteri, Nor Faridah Abd Rahim, 25, difahamkan nama yang diberikan kepada dua anak mereka itu mempunyai kaitan dengan orang lama yang baik.

"Datuk terlalu mahu memberi nama kepada cucu cicitnya termasuk anak kami, demi menghormatinya, kami hanya mengikut sahaja nama yang diberikan kerana dikatakan mempunyai maksud tersendiri.

 "Kami juga masih menunggu nama yang akan diberikan kepada anak ketiga kami yang baru dilahirkan pada bulan lalu," katanya.
MYKID dua beradik yang tular di media sosial sehingga menarik perhatian masyarakat. FOTO Nor Farhani Che Ad

Katanya, nama yang diberi juga tiada kaitan dengan buah kegemaran datuknya itu atau pun sesiapa sebaliknya percaya nama yang diberikan mempunyai maksud tersirat memandangkan ejaan yang diberikan berbeza dengan ejaan asal nama buah itu sendiri.

Dalam pada itu, Abi Amin berkata, sejak gambar MyKid anaknya itu tersebar, suami isteri itu tidak terlepas menerima kecaman masyarakat.

"Kami tidak sangka apabila mendapati gambar MyKid anak tersebar di Facebook dan WhatsApp.

"Kami tidak marah dengan pihak tidak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan, tetapi kami kecewa bila ada komen masyarakat yang menyinggung hati kami sekeluarga.

"Kami harap orang ramai tidak perlu lagi mempertikaikan nama anak kami dan menghormati nama yang diberikan demi masa depan mereka." katanya.