10
Isn, Dis
37 ARTIKEL BARU

Bidaan penjualan Equanimity ditutup hari ini

Bahasa Melayu
Typography

Mahkamah Admiralty di Kuala Lumpur dijangka akan mengumumkan pembidaan Equanimity hari ini, dan sherif mahkamah dijangka menumumkan pembida yang berjaya.

Bagaimanapun, peguam 1MDB Jeremy Joseph memberitahu Malaysiakini bahawa bilangan bidaan serta bidaan tertinggi adalah peribadi dan sulit.

Bidaan unuk kapal layar berkaitan dengan 1MDB itu dibuka pada 29 Oktober, dengan bakal  pembeli perlu membayar deposit RM1 juta.

Dokumen mahkamah sebelum ini mendedahkan bahawa Global Diversified Investment Company Limited memiliki53.57 peratus saham ke atas kapal itu.

Sementara 1MDB Energy Holdings memiliki baki 46.43 peratus saham.

Hasil daripada bidaan itu akan dibahagikan antara kedua-dua syarikat.

Menurut Jabatan Kehakiman AS (DOJ), ahli perniagaan yang diburu Jho Low, didakwa membeli kapal itu dengan nilai AS$250 juta, menggunakan dana yang didakwa diseleseng dari 1MDB.

Kapal yang berukuran panjang 91.5 meter, dengan krew 17, pertama kali dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari, dan sejak itu menjadi subjek pertikaian perundangan antara Jabatan Kehakiman AS dan sekumpulan syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Low.

Low mendakwa rampasan itu tidak sah.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.