23
Ahd, Sep
110 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Malaysia, sebuah negara berekonomi sederhana, dijangka akan meningkat untuk menjadi negara ekonomi ke-24 terbesar di dunia menjelang 2050.

Rakan Urusan PwC Malaysia, Sridharan Nair, berkata Malaysia, sekarang ini berada pada tangga ke-27 dari segi sumbangan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada ekonomi global, perlu melabur dalam teknologi dan pendidikan bagi menambah baik kedudukannya.

"Malaysia memiliki reputasi yang mesra perniagaan dan pelaburan," katanya kepada Bernama semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Majlis Asia Pasifik Dewan Perniagaan Amerika 2018 (APCAC 2018) di sini hari ini.

Katanya, ekonomi Malaysia berada di laluan pertumbuhan sejak 20 tahun lepas, ia masih bertahan walaupun berlaku beberapa ketidakstabilan dalam jangka pendek, yang memang dijangka daripada sebuah ekonomi yang sedang membangun.

Ia merupakan sebuah negara yang mudah untuk menjalankan perniagaan dan amat mesra perdagangan serta pelaburan.

Bagaimanapun, Malaysia perlu menangani isu kenaikan gaji selaras dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi negara supaya ia dapat memberi manfaat secara berkesan kepada rakyatnya.

Katanya, walaupun Vietnam dan Indonesia berada pada penyenaraian

Baca Selanjutnya: Malaysia Dijangka Jadi Ekonomi Ke-24 Terbesar Di Dunia Menjelang 2050

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd adalah baik untuk masa depan, berikutan skop teknologi dan penyelidikan dibangunkan Institut Penyelidikan Geely (GRI), kata pengedar Proton Holdings Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata, beberapa pengedarnya melawat GRI di Hangzhou Bay, China baru-baru ini, yang membuka mata mereka mengenai kemungkinan masa depan dan meningkatkan keyakinan mereka terhadap kerjasama itu.

Pengedar Proton, Mohd

Baca Selanjutnya: Kerjasama DRB Hicom – Geely Janjikan Masa Depan Yang Cerah – Proton

KUALA LUMPUR - Rakyat akan terus terbeban di masa hadapan dan negara akan berdepan tiga kesan buruk sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Ahli Ekonomi Kanan (Kemiskinan dan Ekuiti) Bank Dunia, Kenneth Simler, berkata tiga kesan membabitkan kenaikan cukai, meningkatkan kadar hutang negara (defisit) atau terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara.

“Ini yang akan berlaku sekiranya GST dimansuhkan dan bermakna ketiga-tiga langkah itu

Baca Selanjutnya: Negara Mundur Rakyat Terkesan Jika GST Dihapuskan - Pakar Ekonomi Bank Dunia

KUALA LUMPUR – Perbezaan nisbah pelaburan antara sektor swasta dan awam yang tinggi sehingga 68 peratus dan 32 peratus jelas memberi gambaran bahawa pelabur semakin dengan ekonomi Malaysia, tegas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Jelas beliau, ia bersesuaian dengan dasar kerajaan yang mahu mengurangkan penglibatan pihak kerajaan dalam ekonomi negara, malah perkara tersebut bukanlah menjadi suatu situasi yang membimbangkan

"Sektor swasta memainkan

Baca Selanjutnya: Peningkatan Nisbah Pelaburan Sektor Swasta Bukti Keyakinan Pelabur – Mustapha

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa hutang kerajaan akan terus berkurang sehingga 50 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada akhir tahun berikutan sasaran defisit fiskal yang lebih rendah pada 2018.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh MOF menyatakan bahawa  penghujung 2017, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM686.8 bilion atau 50.8 peratus daripada KDNK, lebih rendah di bawah had 55 peratus ditetapkan.

"Ini menunjukkan hutang dalam negeri kekal

Baca Selanjutnya: Hutang Kerajaan Terus Berkurangan - MOF

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings mengesahkan penarafan ingkar penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada 'A-' dengan prospek stabil, berikutan ia menjangka momentum pertumbuhan yang positif berterusan pada tahun ini dan pada 2019 berdasarkan persekitaran luaran yang kukuh.

Agensi penarafan itu mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2018 dan 2019, disokong oleh permintaan domestik dan luaran.Fitch berkata lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada

Baca Selanjutnya: Fitch Ratings Sahkan Malaysia Pada 'A-', Pertumbuhan Positif Berterusan

KUALA LUMPUR - Berikutan kesan pemangkin daripada Program Transformasi Negara (NTP), pendapatan median isi rumah di Malaysia meningkat daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,228 pada tahun 2016.

Ini berikutan langkah kerajaan memperkenalkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi membantu mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup kepada rakyat.

Menurut Tinjauan Laporan Tahunan 2017 Program Transformasi Negara yang dikeluarkan malam ini, kerajaan telah mengagihkan sejumlah RM25.62

Baca Selanjutnya: Pendapatan Median Isi Rumah Di Malaysia Meningkat Lebih RM5,000

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori