24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Ringgit, yang dijangka bergerak antara 4.50 dan 4.60 berbanding dolar AS pada separuh pertama tahun ini, boleh meningkat kepada 4.40 menjelang akhir tahun berikutan unjuran harga minyak minyak mentah naik kepada US$70 setong daripada kira-kira US$54 sekarang ini.

Pakar Strategi FX Asia Standard Chartered Global Research Divya Devesh, berkata bank yakin terhadap kenaikan harga minyak dan ini akan menyokong ringgit.

"Kami menjangka ia akan naik lagi ke paras 4.30 pada awal 2018," katanya kepada pemberita selepas taklimat mengenai penyelidikan global bank di sini pada Selasa.

Divya berkata faktor lain yang akan menyokong ringgit ialah unjuran kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang telah stabil.

"Pasaran telah mengambil kira lima kenaikan kadar Rizab Persekutuan dalam dua tahun akan datang.

"Pada separuh pertama tahun ini, mungkin unjuran pasaran mula stabil dan jika ini berlaku, ia akan menyediakan sokongan positif kepada mata wang," kata Divya.

Beliau berkata dalam konteks unjuran kenaikan Rizab Persekutuan yang telah stabil dan harga minyak lebih tinggi, pelabur asing mungkin mahu meneliti semula portfolio mereka.

"Ringgit sedikit sebanyak tidak

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin langkah yang diambil Bank Negara akan dapat menjadikan mata wang ringgit lebih stabil tahun ini.

Najib yang juga menteri kewangan berkata penyusutan nilai ringgit dibimbangi ramai, namun ia berlaku di luar kawalan kerajaan.

Beliau berkata daripada 149 mata wang dunia, 123 nilai mata wang menghadapi penyusutan berbanding dolar Amerika, dan Malaysia tidak terkecuali, dan bukan satu-satu negara yang terkesan.

Katanya, 3 faktor luar

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR –  Pulangan sebanyak 6.75 Sen seunit atau 6.75 peratus ditambah dengan bonus 0.5 Sen seunit boleh dikatakan amat kompetitif berbanding penanda aras prestasi pasaran saham yang negatif sebanyak 1.7 peratus dan kadar faedah Kuala Lumpur interbank offer rate (KLIBOR) sebanyak 3.3 peratus setahun.

Menurut Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar, ketidaktentuan ekonomi dunia dan penyederhanaan pertumbuhan ekonomi negara serta penurunan harga minyak serta komoditi telah menyebabkan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Ringgit, yang rendah seiring dengan mata wang pasaran pesat membangun lain berbanding dolar Amerika, mempunyai kekuatan untuk pulih, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

"Kita tidak perlu panik.

"Kita mempunyai ekosistem yang boleh membetulkannya, memastikan kestabilan politik kukuh dan (berterusan) melaksanakan dasar yang tepat untuk memudahkan pelabur," katanya semasa ditanya mengenai kejatuhan ringgit kepada 4.4805 berbanding dolar AS awal hari ini.

Baca Selanjutnya...

BAKAL Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal mengangkat sumpah pada 20 Januari ini dan dalam tempoh beberapa hari ini, kita dapat melihat bagaimana dolar semakin mengukuh.

Pengukuhan berkenaan antara lain adalah bertujuan bagi menunjukkan kehebatan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Trump yang telah menewaskan calon popular, Hillary Clinton mahu dilihat sebagai seorang yang mempunyai semangat nasionalisme yang kuat, apatah lagi selaras dengan kempennya yang menggunakan slogan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani mendakwa keadaan ekonomi negara ketika ini masih stabil jika hendak dibandingkan dengan krisis kewangan ASEAN pada 1997 dan 1998.

Beliau berkata, kemelut ekonomi pada tahun berkenaan menyebabkan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) negara menguncup hingga 7.1 peratus, iaitu terburuk dalam sejarah.

“KDNK kita masa itu jatuh hingga AS$100 bilion (RM448 bilion), namun Malaysia berjaya keluar daripada kemelut berkenaan hasil pelbagai

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Kerajaan optimis menjadikan Malaysia di antara 20 negara terbaik di dunia lebih awal daripada sasaran ditetapkan, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Ahmad, ia mampu dicapai dalam masa 5 tahun berdasarkan pencapaian terkini negara dan penjanaan ekonomi negara yang semakin membangun.

“Kita berkeyakinan dalam tempoh tidak lama, hasrat perdana menteri itu boleh dicapai. Ini berdasarkan 3 tumpuan kedudukan di dunia yang kita pantau dan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori