10
Isn, Dis
37 ARTIKEL BARU

KOTA KINABALU: Aduan melibatkan kad prabayar dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta resit tiada nombor pendaftaran GST adalah aduan paling banyak diterima Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Sabah sejak tiga hari GST dilaksanakan. Pengarah Pejabat KPDNKK cawangan Sabah, Severinus Tukah berkata daripada jumlah 84 aduan yang diterima berkaitan GST, 33 aduan diterima melibatkan kad prabayar dikenakan GST dan 21 aduan melibatkan resit yang tidak mempunyai nombor pendaftaran GST. Selain itu, aduan-aduan lain yang diterima adalah seperti kekeliruan resit iaitu 10 aduan; caj lain selain GST (enam aduan); mengenakan GST sebelum 1 April (enam aduan); kenaikan harga barang selepas GST (dua aduan) serta kenaikan harga rokok selepas GST sebanyak satu aduan. [caption id="attachment_23038" align="aligncenter" width="300"]Pemeriksaan semakin giat dilaksanakan antara KPDNKK Dan Jabatan Kastam di Sabah bagi memastikan para peniaga dan syarikat patuh peraturan pelaksanaan GST. Pemeriksaan semakin giat dilaksanakan antara KPDNKK Dan Jabatan Kastam di Sabah bagi memastikan para peniaga dan syarikat patuh peraturan pelaksanaan GST.[/caption] Bagaimanapun semua aduan yang diterima itu masih proses siasatan, katanya. Mengenai notis yang sudah dikeluarkan, Severinus berkata setakat 2 April sebanyak dua

Baca Selanjutnya: 84 ADUAN DALAM 3 HARI PELAKSANAAN GST DI SABAH

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.