20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 31 Oktober tahun ini adalah RM32.71 bilion, manakala RM27.01 bilion kutipan direkodkan untuk tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Oktober 2015.

Menurut Kementerian Kewangan, semua hasil cukai itu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama-sama dengan cukai langsung dan cukai tidak langsung yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

"Seterusnya, kutipan cukai GST dikembalikan sebagai agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, termasuk menambah baik sektor pendidikan, kesihatan, kemudahan infrastruktur serta keperluan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar) mengenai jumlah GST yang dikutip sejak dilaksanakan serta jumlah kutipan yang digunakan untuk meringankan beban rakyat.

GST mula berkuatkuasa pada 1 April tahun lepas.- BERNAMA

LIMA, PERU – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan sokongan atas dasar kewangan Malaysia di tengah-tengah naik turun ringgit.

Perkara tersebut disuarakan oleh Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sesi interaktif bersama pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, Ahad lalu.

“Saya (membangkitkan) perkara tersebut kepada beliau dan beliau menyokong apa yang kita laksanakan. Mengapungkan nilai matawang adalah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih menanggung subsidi RM400 juta untuk bahan api walaupun harga runcit bahan itu dinaikkan hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Mulai hari ini, harga petrol naik 15 sen berbanding bulan lepas, dengan harga runcit petrol RON95 pada RM1.95 seliter berbanding RM1.80, diesel RM1.90 seliter berbanding RM1.75 dan RON97 pada RM2.30 seliter berbanding RM2.15.

Johari berkata harga runcit semasa bahan api dikira berdasarkan harga purata Oktober yang

Baca Selanjutnya...

BANK Dunia mengumumkan Malaysia telah mencapai skor yang memberangsangkan berdasarkan kajian perincian indeks maklumat laporan kredit ‘Doing Business’  menerusi institusi pembangunan kewangan global.

Menurut laporan ‘Doing Business 2017 : Equal Opportunity for All’ (Kesaksamaan untuk Semua), Kumpulan Bank Dunia telah menekankan pembaharuan termasuk mengukuhkan pelaporan kredit dengan menyediakan kredit skor kepada pengguna dimana ia  membolehkan Malaysia mencapai skor yang hebat di bawah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3% pada suku ke-3, sebahagian besarnya didorong penggunaan domestik dan eksport, kata gabenor Bank Negara (BNM).

Datuk Muhammad Ibrahim berkata, ekonomi negara berkembang 4% antara Mei dan Jun tahun ini.

Berasaskan pelarasan bermusim suku ke suku, ekonomi meningkat 1.5% pada suku ke-3 berbanding 0.7% pada suku ke-2 2016.

Inflasi menjadi sederhana kepada 1.3% pada suku ke-3.

Secara keseluruhannya, permintaan domestik meningkat pada kadar lebih

Baca Selanjutnya...

BACHOK -  Malaysia masih menjadi pilihan bagi pelabur luar termasuk firma Amerika Syarikat (AS) dan Eropah walaupun negara turut berdepan dengan kemelut ekonomi berikutan kejatuhan harga minyak mentah dan komoditi lain.

Bekas Duta Malaysia di AS , Datuk Dr. Awang Adek Hussin memberitahu, ini kerana pelabur luar tidak perlu menunggu lama untuk mendapat kelulusan kerajaan.

"Kita kekal antara destinasi terbaik dunia kerana efisyen dan kesediaan kerajaan untuk membantu. Malaysia mendapat pujian

Baca Selanjutnya...

‘BAJET komitmen’ 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan Rakyat hari ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan mendengar suara hati rakyat khususnya dalam bidang pendidikan dengan pelbagai penambahbaikan dibuat demi merealisasikan usaha menjamin kebajikan rakyat.

Mengenakan sepersalinan baju Melayu berwarna merah jambu terang, Najib yang memulakan ucapan pembentangan tepat jam 4.00 petang di Bangunan Parlimen menyenaraikan beberapa insentif yang dibuat oleh

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori