23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

SHAH ALAM - Kerajaan optimis menjadikan Malaysia di antara 20 negara terbaik di dunia lebih awal daripada sasaran ditetapkan, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Ahmad, ia mampu dicapai dalam masa 5 tahun berdasarkan pencapaian terkini negara dan penjanaan ekonomi negara yang semakin membangun.

“Kita berkeyakinan dalam tempoh tidak lama, hasrat perdana menteri itu boleh dicapai. Ini berdasarkan 3 tumpuan kedudukan di dunia yang kita pantau dan diselenggara oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Pertama melihat kedudukan negara dalam ‘Ease of Doing Business Report’ daripada Bank Dunia menunjukkan Malaysia berada dalam kedudukan ke-23 daripada 190 negara.

“Ke-2, negara berada dalam kedudukan ke-19 terbaik daripada 61 negara dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2016 diterbitkan pusat daya saing dunia, Institute for Management Development (IMD).

“Ke-3, negara berada dalam kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi negara menerusi ‘Global Competitiveness Report’ melalui WEF,” katanya pada satu sidang media di Program Hari Produktiviti di Indkom Engeneering Sdn Bhd.

Katanya, tidak mustahil misi ini boleh dicapai sekiranya setiap agensi

Baca Selanjutnya...

PUTRAJAYA - Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas 2016 bagi 18 barangan harga terkawal akan berkuat kuasa pada 19 hingga 28 Disember ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata skim itu dilaksanakan selama 10 hari iaitu enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

Beliau berkata, skim itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Antara senarai barangan harga terkawal

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan sejumlah RM2.38 bilion untuk membayar subsidi bagi menstabilkan harga minyak masak untuk keperluan orang ramai, sejak 2013 sehingga April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin, berkata langkah kerajaan memutuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil alih pengurusan subsidi minyak masak daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah tepat kerana minyak

Baca Selanjutnya...

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak komited ekonomi Malaysia mampu mencapai sasaran bernilai RM2 trillion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.

Ketika berkongsi keyakinan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sasaran itu akan turut disumbangkan oleh perkembangan pesat wilayah Iskandar Malaysia.

“Saya mahu Malaysia muncul sebagai ekonomi (bernilai) RM2 trilion dalam masa tujuh hingga lapan tahun.

“Saya sendiri ada berbincang dengan Menteri

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini disebabkan permintaan yang lebih baik.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.4190/4240 berbanding dolar AS daripada 4.4215/4255 penutup Jumaat.

Peniaga berkata, pengukuhan itu disebabkan langkah Bank Negara Malaysia berkuat kuasa 5 Disember, bertujuan meningkatkan prestasi ringgit.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1021/1067 daripada

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM399.643 bilion (bersamaan AS$96.4 bilion) pada 30 November 2016 berbanding RM407.839 bilion (bersamaan AS$98.3 bilion) setakat 15 November 2016.

Penurunan paras rizab antarabangsa itu mencerminkan penyaluran mudah tunai sokongan ke dalam pasaran pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.

Menurut BNM, paras rizab pada 30 November 2016 itu adalah memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka stabil pada 2017, bersandarkan permintaan domestic yang kukuh dan peningkatan prospek permintaan luar, menurut RAM Rating Services Bhd.
 
Di dalam kenyataannya hari ini, RAM Ratings mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 4.5 peratus pada 2017, lebih baik berbanding 4.2 peratus bagi tahun ini.
 
“Peningkatan kecil dalam pertumbuhan Malaysia dijangka akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri yang
Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.