24
Kha, Mei
873 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – "Pasaran modal dan portfolio aset kewangan semasa Malaysia yang bernilai RM5.5 trilion, mampu menyokong ekonomi negara di samping menampan sebarang kejutan luaran serta aliran keluar dana," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Daripada jumlah itu, pasaran modal adalah bernilai RM3.1 trilion, terdiri daripada ekuiti (RM1.8 trilion) dan bon (RM1.3 trilion) manakala baki RM2.4 trilion merupakan aset kewangan.

“Inilah asas-asas yang kita ada. Kekuatan sistem kewangan, pasaran modal, sistem perbankan dan aset negara kita akan dapat bertahan daripada sebarang aliran keluar,” katanya kepada pemberita selepassesi dialog makan tengah hari bersama pengamal media di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun berlaku aliran keluar RM32 bilion pada suku pertama tahun ini, Malaysia masih mampu mengekalkan pertumbuhan ekonominya.

Johari turut berkata, kepelbagaian ekonomi dimiliki Malaysia, yang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada perolehan minyak, telah berperanan penting membantu negara bertahan daripada kesan luaran??????? dengan ???????jangkaan ???????ketidaktentuan harga komoditi dunia berpanjangan ditambah turun naik pasaran kewangan global akibat

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Dana berjumah RM5.88 bilion telah dikeluarkan bagi program pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada 2017 yang sedang dilaksana 16 kementerian dan lebih 60 agensi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dana tersebut sejajar dengan penetapan 2017 sebagai tahun 'mempromosi pembangunan PKS dan pemula niaga', dalam usaha kerajaan meningkatkan sumbangan PKS kepada negara.

"Saya juga difahamkan yang hasil utama kaji selidik PKS bagi suku pertama 2017

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa semua cadangan yang dikemukakan dalam Majlis Konsultasi Bajet 2018 akan diperhalusi dan diberi pertimbangan sewajarnya.

Menurutnya, majlis itu yang merupakan platform penting bagi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi pandangan dan maklum balas terhadap cabaran dan isu-isu semasa serta langkah menanganinya membuktikan dasar keterbukaan dan keprihatinan kerajaan dalam mendahului

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Peningkatan eksport negara banyak membantu pertumbuhan Malaysia selain memacu keyakinan dunia terhadap ekonomi negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi catatan terbaharunya di laman rasmi Twitter @NajibRazak pada Rabu malam, Perdana Menteri berkata Malaysia juga merupakan satu-satunya negara di Asia Timur yang diberi semakan lebih tinggi oleh Bank Dunia bagi unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2017 kepada 4.9 peratus berbanding 4.3 peratus, sebelum ini.

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pembuat pesawat, Airbus, menjalin usaha sama dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB) bagi menyediakan komponen sokongan 'Flight Hour Services' (FHS) bagi barisan enam pesawat baharu A350 XWB syarikat penerbangan itu, serta kumpulan 18 pesawat A330 sedia ada.

Perjanjian itu ditandatangani semasa Pameran Udara Paris hari ini oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Program Airbus Didier Evrard.

Dalam kenyataan bersama hari

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pulangan ekonomi yang bakal dijana Prasarana Malaysia Bhd tahun ini dijangkakan mencapai RM17 bilion berbanding RM13.3 bilion tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata jumlah ini dijangkakan bertambah menjelang 2030 apabila jumlah pengguna yang menggunakan pengangkutan awam meningkat kepada 40 peratus berbanding 21 peratus setakat ini.

"Amat penting bagi setiap dari saudara saudari sekalian menyedari bahawa tugas yang anda jalankan amat

Baca Selanjutnya...

SINGAPURA - Pelabur portfolio asing berkata mereka akan kembali semula ke pasaran Malaysia selepas pengaliran keluar beberapa bulan lalu.

Pelabur asing, yang memegang kira-kira separuh bon kerajaan Malaysia, keluar daripada pasaran antara November 2016 dan Mac tahun ini selepas Bank Negara Malaysia berkata, mereka tidak boleh lagi berdagang dalam kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) ringgit.

Kontrak luar pesisir itu digunakan untuk melindung nilai pendedahan terhadap ringgit. Bank Negara

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori