21
Rab, Feb
731 ARTIKEL BARU

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak komited ekonomi Malaysia mampu mencapai sasaran bernilai RM2 trillion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.

Ketika berkongsi keyakinan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sasaran itu akan turut disumbangkan oleh perkembangan pesat wilayah Iskandar Malaysia.

“Saya mahu Malaysia muncul sebagai ekonomi (bernilai) RM2 trilion dalam masa tujuh hingga lapan tahun.

“Saya sendiri ada berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani dan kita mampu mencapai ekonomi RM2 trilion berkenaan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 Iskandar Malaysia di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah PembangunanIskandar Malaysia (IRDA), juga mahu melihat Malaysia muncul sebagai 20 negara utama ekonomi dalam satu jangka masa tertentu.

“Iskandar Malaysia juga akan memberi sumbangan ke arah pencapaian tersebut,” kata Najib.

KUALA LUMPUR – Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka stabil pada 2017, bersandarkan permintaan domestic yang kukuh dan peningkatan prospek permintaan luar, menurut RAM Rating Services Bhd.
 
Di dalam kenyataannya hari ini, RAM Ratings mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 4.5 peratus pada 2017, lebih baik berbanding 4.2 peratus bagi tahun ini.
 
“Peningkatan kecil dalam pertumbuhan Malaysia dijangka akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri yang
Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 31 Oktober tahun ini adalah RM32.71 bilion, manakala RM27.01 bilion kutipan direkodkan untuk tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Oktober 2015.

Menurut Kementerian Kewangan, semua hasil cukai itu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama-sama dengan cukai langsung dan cukai tidak langsung yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

"Seterusnya, kutipan cukai GST dikembalikan sebagai agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3% pada suku ke-3, sebahagian besarnya didorong penggunaan domestik dan eksport, kata gabenor Bank Negara (BNM).

Datuk Muhammad Ibrahim berkata, ekonomi negara berkembang 4% antara Mei dan Jun tahun ini.

Berasaskan pelarasan bermusim suku ke suku, ekonomi meningkat 1.5% pada suku ke-3 berbanding 0.7% pada suku ke-2 2016.

Inflasi menjadi sederhana kepada 1.3% pada suku ke-3.

Secara keseluruhannya, permintaan domestik meningkat pada kadar lebih

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan laporan pendapatan pelaburan suku tahunan ke-3 (S3 2016) berakhir pada 30 September 2016 sebanyak RM12.32b, dengan peningkatan tahunan sebanyak 29.21 peratus dari jumlah RM9.54b pada S3 2015. Aset pelaburan mencatatkan peningkatan sebanyak 4.09 peratus, atau RM27.98 bilion kepada RM712.50 bilion berbanding RM684.52 pada 31 Disember 2015.

Ketika pengumaman prestasi pelaburan S3 2016, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahrizal

Baca Selanjutnya...

LIMA, PERU – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan sokongan atas dasar kewangan Malaysia di tengah-tengah naik turun ringgit.

Perkara tersebut disuarakan oleh Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sesi interaktif bersama pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini, Ahad lalu.

“Saya (membangkitkan) perkara tersebut kepada beliau dan beliau menyokong apa yang kita laksanakan. Mengapungkan nilai matawang adalah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih menanggung subsidi RM400 juta untuk bahan api walaupun harga runcit bahan itu dinaikkan hari ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.

Mulai hari ini, harga petrol naik 15 sen berbanding bulan lepas, dengan harga runcit petrol RON95 pada RM1.95 seliter berbanding RM1.80, diesel RM1.90 seliter berbanding RM1.75 dan RON97 pada RM2.30 seliter berbanding RM2.15.

Johari berkata harga runcit semasa bahan api dikira berdasarkan harga purata Oktober yang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori