25
Ahd, Feb
712 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Ringgit mengukuh ke tahap tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak Ogos 2016 didorong oleh harga minyak mentah dunia yang lebih tinggi.

Mata wang berkenaan menokok kira-kira 0.2 peratus kepada 3.998 berbanding dolar AS melepasi tahap psikologi 4.0 awal pagi ini.

Penganalisis Ekonomi Kanan Mizuho Bank, Vishnu Varathan berkata, Malaysia merupakan satu daripada negara yang mendapat manfaat menerusi peningkatan harga minyak global.

“Terdapat beberapa faktor yang memberi kesan kepada pengukuhan nilai ringgit, pemangkin terbaharu semestinya lonjakan harga minyak yang tinggi ditambah pula kadar dolar AS yang sedikit lemah,” katanya.

 

Disember lalu, Bank Dunia menaikkan anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kepada 5.8 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang semakin meningkat dan pasaran buruh yang lebih baik. - REUTERS

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus tahun ini yang menyaksikan pertumbuhan tertinggi yang dicatatkan sejak 2014.

Pada 2018, Malaysia diunjur mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar yang sederhana pada 5.2 peratus, demikian menurut Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM) yang dikeluarkan Bank Dunia hari ini. ?

Pengarah Bank Dunia bagi Malaysia, Thailand dan Kerjasama Serantau, Ulrich Zachau berkata, dalam tempoh lebih 20 tahun sejak krisis kewangan Asia, ekonomi

Baca Selanjutnya...

NEW YORK - Conference Board, persatuan penyelidikan perniagaan bebas berpusat di New York, mengunjurkan Malaysia akan mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 5% pada 2018, rendah sedikit berbanding 5.5% pada 2017.

Dalam Tinjauan Ekonomi Global terkini 2018 yang dikeluarkan pada Isnin, berkata Malaysia bukan satu-satunya negara ASEAN menghadapi penurunan memandangkan pertumbuhan KDNK Thailand juga dijangka merosot kepada 3% pada 2018 berbanding 3.8% pada 2017.

Laporan itu

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan sahaja berjaya mengelakkan Malaysia mengalami kemelesetan akibat kejatuhan harga minyak dunia pada tahun 2014, tetapi menjadikan ekonomi negara terus berkembang.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ramai pihak termasuk pembangkang yang menjadikan GST sebagai salah satu sumber serangan utama terhadap kerajaan mendakwa ia adalah cukai baharu dan dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan kepada kerajaan.

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Hutang luar Malaysia berkurangan kepada RM873.8 bilion, bersamaan US$204.7 bilion, atau 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada akhir September 2017, berbanding RM877.5 bilion yang dicatatkan pada akhir Jun 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata,  hutang luar yang lebih rendah itu sebahagian besarnya mencerminkan pembayaran balik peminjaman  antara bank yang cukup tempoh, dan kesan penilaian berikutan pengukuhan nilai ringgit

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan ringgit akan kembali kukuh pada kadar yang sesuai seperti yang diramalkan oleh semua pakar ekonomi.

Jelas Menteri Kewangan itu, meskipun ada tanggapan bahawa mata wang tempatan itu lemah, prestasi ringgit sebenarnya lebih baik daripada mata wang banyak negara pengeksport komoditi besar yang lain.

“Benar, nilai Ringgit menurun di tengah-tengah pergolakan global dan ketidakpastian sejak 2014, tetapi terdapat juga aspek

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah untuk membuat kesimpulan kononnya Malaysia bakal bankrap kerana berhutang.

Menurut Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Nor Azlan Ghazali, hakikatnya adalah situasi ekonomi Malaysia ketika ini berada dalam keadaan stabil sepertimana yang diperakui oleh agensi-agensi penarafan kredit antarabangsa iaitu Standard & Poor, Moody dan Fitch Ratings.

Bahkan katanya, keadaan negara ketika ini sebenarnya jauh lebih baik berbanding

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori