20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

Malaysia Airlines Meterai Perjanjian Sokongan FHS Dengan Airbus

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR - Pembuat pesawat, Airbus, menjalin usaha sama dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB) bagi menyediakan komponen sokongan 'Flight Hour Services' (FHS) bagi barisan enam pesawat baharu A350 XWB syarikat penerbangan itu, serta kumpulan 18 pesawat A330 sedia ada.

Perjanjian itu ditandatangani semasa Pameran Udara Paris hari ini oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Program Airbus Didier Evrard.

Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat itu berkata perjanjian jangka panjang itu meliputi jaminan kesediaan alat ganti yang luas untuk A350 XWB dan unit penggantian A330 selain perkhidmatan penyelenggaraan dan logistik di pangkalan utama MAB dan lokasi luar terpilih.

"Perjanjian FHS dengan MAB akan meningkatkan kehadiran perkhidmatan oleh Airbus di Malaysia, yang termasuk kemudahan penyelenggaran dan baik pulih menyeluruh (Sepang Aircraft Engineering) anak syarikat perkhidmatan pelanggan yang menawarkan khidmat reka bentuk dan modifikasi kejuruteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.

 

- BERNAMA