24
Jum, Nov
956 ARTIKEL BARU

Malaysia Berupaya Memampan Kejutan Luar – Johari

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR – "Pasaran modal dan portfolio aset kewangan semasa Malaysia yang bernilai RM5.5 trilion, mampu menyokong ekonomi negara di samping menampan sebarang kejutan luaran serta aliran keluar dana," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Daripada jumlah itu, pasaran modal adalah bernilai RM3.1 trilion, terdiri daripada ekuiti (RM1.8 trilion) dan bon (RM1.3 trilion) manakala baki RM2.4 trilion merupakan aset kewangan.

“Inilah asas-asas yang kita ada. Kekuatan sistem kewangan, pasaran modal, sistem perbankan dan aset negara kita akan dapat bertahan daripada sebarang aliran keluar,” katanya kepada pemberita selepassesi dialog makan tengah hari bersama pengamal media di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun berlaku aliran keluar RM32 bilion pada suku pertama tahun ini, Malaysia masih mampu mengekalkan pertumbuhan ekonominya.

Johari turut berkata, kepelbagaian ekonomi dimiliki Malaysia, yang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada perolehan minyak, telah berperanan penting membantu negara bertahan daripada kesan luaran??????? dengan ???????jangkaan ???????ketidaktentuan harga komoditi dunia berpanjangan ditambah turun naik pasaran kewangan global akibat kesan pertukaran dasar di negara-negara seperti Amerika Syarikat.

“Sebagai ekonomi terbuka, kita perlu bersiap sedia. Kita telah mempelbagaikan perdagangan dan struktur ekonomi negara, mengukuhkan sistem kewangan, kerajaan dan modal insan. Inilah semua asas-asas kerajaan,” katanya.

Johari berkata,  pembangunan infrastruktur kukuh di negara ini seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan kemudahan Transit Aliran Massa (MRT), semuanya telah menyumbang secara positif kepada asas-asas yang baik bagi negara.

Dua krisis kewangan utama iaitu pada 1997/98 dan 2008/2009, yang menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merosot dengan teruk, telah memperkukuhkan lagi sokongan ???????kepada negara untuk kekal berdaya tahan pada masa depan.

 

“Dari semasa ke semasa, kita belajar daripada kelemahan kita,” katanya. - BERNAMA

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.