17
Sel, Okt
757 ARTIKEL BARU

Najibnomics : Bruce Gale Jawab Persoalan Rakyat Malaysia

Ekonomi
Typography

“SECARA keseluruhannya ekonomi bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampak bagus kerana ekonomi Malaysia semakin kukuh sejak Najib mula jadi Perdana Menteri...”

Bruce Gale tak pernah disuruh atau diupah dalam penulisan bukunya iaitu 'Najibnomics'. Buku itu datang hanya dari sebuah idea.

INI ADALAH JAWAPAN-JAWAPAN BRUCE GALE TERHADAP PERSOALAN DARI BFM ATAU PERSOALAN DARI RAKYAT MALAYSIA :

1. ISU 1Malaysia Development Berhad (1MDB) DAN Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV)

Publisiti atau perhatian yang rakyat bagi mengenai isu 1MDB atau FGV sebenarnya tak perlu kerana isu ni tak peting dari aspek makro-ekonomi Malaysia.

Isu 1MDB dan FGV sangat tak sesuai untuk jadi 'key indicator' yang melambangkan dasar ekonomi yang di bawa oleh Najib. Isu ini sangat tak berkaitan sebenarnya.

Isu jumlah hutang 1MDB dapat lebih perhatian berbanding isu pelajar yang gagal membayar hutang selepas tamat belajar.

Dan dua-dua isu ini tak akan mengakibatkan berlakunya krisis Makro-Ekonomi di Malaysia.

2. EKONOMI NAJIB

Kalau kita nak tau mengenai ekonomi, kita sepatutnya belajar tentang ekonomi. Tapi, kalau kita lihat ekonomi Malaysia melalui persepi 1MDB, kita akan rasa seolah-olah ekonomi negara kita ni dalam keadaan kucar-kacir. Sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Ini buktinya... Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Malaysia sekarang jauh kehadapan berbanding nilai KDNK global secara purata.

Kadar inflasi di bawah pentadbiran Najib secara puratanya adalah pada 2.5 peratus. Jumlah ini jumlah yang paling RENDAH berbanding kadar inflasi pada 45 tahun sebelumnya.

Tapi kenapa rakyat masih percaya yang ekonomi Malaysia tak stabil...???

3. DEFISIT FISKAL

Orang ramai cakap mengenai Defisit Fiskal. Hanya logik kalau kita tengok defisit fiskal berdasarkan KDNK. Bukannya jumlah defisit fiskal itu sahaja.

Kalau kita tengok FAKTA, pada tahun 2009, kadar defisit fiskal pada KDNK adalah 6.7%. Pada tahun 2016, defisit fiskal dah menurun pada kadar 3.1%.

4. DAGANGAN  ANTARABANGSA

Eksport semakin kukuh dan lebihan dagangan (balance of trade) adalah positif. Dan ekonomi secara keseluruhan semakin kurang bergantung pada dagangan antarabangsa dan ini berlaku selepas Najb menjadi Perdana Menteri.

Perumbuhan KDNK 5.7% setakat ini tak akan dapat kita rasa sekarang, tapi kesannya akan datang kemudian.

5. LAIN-LAIN

GST selalu disalahkan apabila kos sara hidup meningkat. Sedangkan GST tak dikenakan pada makanan mentah dan lain-lain. Tetapi yang peliknya, harga makanan semakin meningkat..??

Kalau nak cerita korupsi, ini telah lama berlaku sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi.

Penemubual BFM mengatakan mungkin sebab 'jumlah 1MDB' yang menyebabkan ia adalah isu korupsi yang besar berbanding isu-isu sebelum ni.. Bruce Gale kata jumlah setakat ini dalam isu 1MDB iaitu RM5 bilion sebenarnya bukan jumlah besar kerana jumlah tu tak sampai pun 0.01% pada jumlah keseluruhan ekonomi...

Isu 1MDB tak ada kaitan dengan kos sara hidup yang meningkat.

Kalau kita tengok hutang berdasarkan KDNK pada tahun 80an dan 90an, hutang melebihi kadar 80%-100%.. Tapi rakyat sekarang tengok isu HUTANG tahun ni tanpa melihat apa yang jadi sebelum ini (historical contex).

 

Dasar fiskal kerajaan 2017 iaitu bajet tahun 2017 lebih besar berbanding tahun 2010. Tetapi defisit fiskal semakin menurun. Kita kena tengok secara keseluruhan keran sekarang ni ekonomi Malaysia semakin besar.