26
Sab, Mei
823 ARTIKEL BARU

CIMB Sokong Inisiatif Felda 2.0

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR - CIMB Group bersedia menyokong Felda 2.0 dengan memberi sumbangan kepada inisiatif itu melalui pembangunan keusahawanan bank itu dan sokongan penanaman semula, kata Pengerusi Datuk Seri Nazir Razak.

"Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), dalam memenuhi peranannya untuk memastikan keterangkuman dan ekuiti dalam pembangunan ekonomi Malaysia, telah menjadi ikon antarabangsa dalam membasmi kemiskinan dan membina negara.

"Susulan Felda 2.0 bertujuan memberi wajah baharu kepada penempatan sedia ada, CIMB gembira untuk meningkatkan dan memberi sumbangan kepada inisiatif ini melalui pembangunan keusahawanan kami dan sokongan penanaman semula kepada Felda Lurah Bilut," katanya susulan pelancaran Lembah Digital di Felda Lurah Bilut, Bentong oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Inisiatif transformasi digital Felda 2.0 akan menyaksikan langkah menaik taraf infrastruktur 4G dan WiFi di tanah rancangannya.

Kira-kira 6,000 peneroka di Felda Lurah Bilut dijangka meraih manfaat daripada transformasi tersebut.

 

- BERNAMA