17
Jum, Ogs
56 ARTIKEL BARU

Ringgit Kukuh Cermin Keyakinan Dasar Malaysia - Najib

Ekonomi
Typography

PUTRAJAYA – Nilai ringgit yang semakin kukuh serta pengaliran masuk ekuiti antarabangsa adalah sentimen keyakinan pihak luar terhadap dasar ekonomi negara yang dilaksanakan kerajaan, ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Menurut beliau, bukan sahaja jumlah eskport meningkat sepanjang tahun lepas, malah Bank Dunia juga perlu melakukan semakan semula sebanyak tiga kali terhadap ekonomi Malaysia kerana pertumbuhan di luar jangkaan.

“Kejayaan kita yang terbaru adalah World Economic Forum telah mengeluarkan indeks pembangunan inklusif dunia dan apa yang menarik adalah Malaysia muncul negara terbaik Asia dan ke-13 di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Tambah beliau, sekiranya tahun 2017 telah digariskan sebagai Tahun Penyampaian, maka tahun 2018 adalah Tahun Kejayaan dan Keberhasilan Yang Mengagumkan.

“Tahun ini juga penting kerana tahun ini di mana kita akan buat keputusan untuk tentukan masa depan bersama,” katanya.