22
Jum, Jun
80 ARTIKEL BARU

Kecelaruan Dasar Ekonomi Pembangkang Bakal Gugat Pelaburan Luar

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR – Kegagalan pihak pembangkang untuk mengemukakan sebarang dasar berkaitan ekonomi negara melalui manifesto yang dilancarkan mereka dilihat bakal menggugat keyakinan pelabur untuk terus melabur ke dalam negara ini.

Hal ini diperkukuhkan lagi dengan janji yang dilakukan pembangkang untuk menghapuskan sistem percukaian telus GST yang sekaligus bakal menggoyahkan keutuhan ekonomi negara sedia ada.

Memetik Laporan Analisis Ekonomi RHB, kebimbangan tersebut bakal mengakibatkan reaksi pasaran jatuh ke paras negatif akibat dari penyerahan kuasa dan ketidak pastian terhadap dasar baru kerajaan sekiranya berlaku peralihan kuasa pentadbiran ke tangan pembangkang.

Ianya sekaligus akan mewujudkan kebimbangan di kalangan para pelabur terutamanya yang berkaitan dengan  kadar premium pelaburan yang bakal dikenakan disamping risiko dalam tadbir urus aliran dana pelaburan.