25
Jum, Mei
851 ARTIKEL BARU

Ringgit Dapat Sokongan

Ekonomi
Typography

KUALA LUMPUR - Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sungguhpun kenaikan dalam mata wang itu susulan Rizab Persekutuan mengisyaratkan kenaikan lanjut kadar faedah, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9480/9510 berbanding dolar AS daripada 3.9480/9530 penutup Isnin.

Peniaga berkata, ringgit mendapat sokongan daripada pembeli tempatan pasca pilihan raya.