21
Sel, Nov
913 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil pemain yang dituduh menerima rasuah sebelum pertandingan akhir Piala Malaysia minggu lalu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata KFA akan sentiasa memberikan kerjasama dengan SPRM yang disifatkan mempunyai hak untuk menjalankan siasatan terhadap pemain meskipun dakwaan itu hanya dibuat melalui laman sosial.

“Saya dimaklumkan SPRM ada panggil pemain…mungkin ia hanya prosedur dan SPRM ada hak nak panggil mereka.

“Depapun (pemain) akan beri kerjasama yang baik terhadap SPRM namun kita tak tuduhpun mereka buat, ” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kelab Ahmad Bashah, di sini.

Sebelum ini, di laman media sosial, seorang individu membuat komen dengan tajuk ‘calon jual game Final Piala Malaysia 2017’ dan tertera tujuh nama membabitkan pemain dan jurulatih Kedah.

Susulan itu, Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff membuat laporan polis berhubung kenyataan yang tular di media sosial itu.

Pada masa sama, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar, berkata siasatan itu penting bagi memastikan nama pemain dan jurulatih pasukan Kedah

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya menamatkan penantian 26 tahun apabila dinobatkan juara Piala Malaysia 2017 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan JDT berjaya melengkapkan koleksi kejuaraan dalam tempoh empat tahun setelah turut memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih, selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mula menerajui kelab itu pada

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee atas kejayaan meraih pingat emas pada Kejohanan Terjun FINA Grand Prix Kuala Lumpur 2017 di Puast Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

"Penerjun kita adalah bertaraf dunia ! Tahniah kerana memenangi emas pada Grand Prix Fina KL,"kata Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau, malam ini.

Selepas hampir dua tahun tidak beraksi bersama, gandingan itu masih mampu

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatur dan mengolah semula dunia bola sepak tanah air daripada peringkat akar umbi agar mampu kembali bersaing dan menjadi nama tersohor di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata antara faktor perlu diberi perhatian adalah pandangan sesetengah ibu bapa yang mungkin tidak melihat kerjaya sebagai pemain bola sepak mempunyai masa depan, dan tanggapan itu perlu ditukar.

"Kita juga perlu menyediakan platform

Baca Selanjutnya...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa esok (Ahad) susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia, yang menamatkan penantian selama 25 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani selepas perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor, malam ini.

"Ini satu kejayaan bersejarah selepas 25 tahun Johor tidak memenangi Piala Malaysia dan pengumuman cuti ini

Baca Selanjutnya...

JOHOR BAHRU - Prestasi skuad bola sepak kebangsaan dalam pelbagai perlawanan antarabangsa tidak akan berubah mendadak sekalipun jurulatihnya, Nelo Vingada dipecat gara-gara kegagalan membawa kemenangan kepada pasukan negara sejak membimbingnya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah permasalahan terbesar dalam skuad bola sepak negara kini ialah ia tidak mempunyai 'mentaliti meraih kemenangan' dalam kalangan pemainnya yang disifatkannya elemen paling

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Semalam dunia sukan tempatan sekali lagi dikejutkan dengan insiden penggunaan bahan terlarang oleh atlet negara.

Menurut laporan, tiga atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang dan salah seorang daripadanya adalah atlet Malaysia yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lepas.

Tidakkah mereka belajar daripada kes-kes doping berprofil tinggi yang melibatkan atlet Malaysia sebelum ini?

Tidakkah mereka terkesan dengan apa

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..