16
Jum, Nov
46 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Semalam dunia sukan tempatan sekali lagi dikejutkan dengan insiden penggunaan bahan terlarang oleh atlet negara.

Menurut laporan, tiga atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang dan salah seorang daripadanya adalah atlet Malaysia yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lepas.

Tidakkah mereka belajar daripada kes-kes doping berprofil tinggi yang melibatkan atlet Malaysia sebelum ini?

Tidakkah mereka terkesan dengan apa perlu dilalui jaguh badminton negara Datuk LeeChong Wei; juara bina badan Sazali Samad dan juga Tai Cheau Xuen, yang terpaksa melepaskan pingat emas acara wushu Sukan Asia Incheon pada 2014?

Jika disabitkan kesalahan menggunakan bahan terlarang, ia akan memberi kesan psikologi dan boleh menjejaskan prestasi atlet itu sendiri.

"Isu doping sesuatu yang sukar...saya pernah kena semasa di Kejohanan Dunia di Copenhagen," kata Chong Wei.

"Saya faham perasaan dia sekarang. Ini berita yang bukan mudah diterima...dia tentu merasa tertekan.Saya harap dia terus cekal dan tidak putus asa," kata pemain yang menduduki ranking ketujuh dunia itu (setakat 28 Sept).

Sudah semestinya berita diterima semalam

Baca Selanjutnya: Kenapa Atlet Masih Ambil Mudah Isu Doping?

SEPANG - Selepas menganjurkan Kejohanan Formula 1 (F1) dunia selama 19 tahun, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan kereta yang paling dinanti-nantikan di dunia.

Kerajaan Malaysia dengan rasa berat hati mengumumkan pada April keputusan tidak lagi akan menganjurkan F1 disebabkan kos penganjurannya yang tinggi dan jumlah penonton yang merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, beberapa peminat masih berharap kerajaan akan

Baca Selanjutnya: Peminat Tempatan Harap F1 Kembali

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini secara rasmi mengisytiharkan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dirasmikan di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Najib tiba pada 8.20 malam diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Selepas menyampaikan ucapan, Khairy menjemput Perdana Menteri untuk mengisytiharkan Sukan Para ASEAN (APG) ke-9 KL2017

Baca Selanjutnya: Perdana Menteri Rasmi Sukan Para ASEAN KL2017

KUALA LUMPUR - Atlet Malaysia telah menepati sasaran 111 pingat emas pada Sukan SEA ke-29 dan lebih menarik lagi, mereka masih tagih hadiah yang lebih besar untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2017, Khamis ini.

Berbaki dua hari lagi, tidak dapat dinafikan bahawa tuan rumah masih memburu kecemerlangan untuk mengecai kegemilangan temasya sukan terbaik selepas mengharungi hari ini dengan kilauan emas daripada gimrama, berbasikal trek, terjun yang menyumbang 11 daripada 15 emas untuk

Baca Selanjutnya: Malaysia Capai Misi 111 Emas, Buruan Emas Belum Berakhir

SEPANG - Susulan ketiadaan perlumbaan Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula tahun depan, litar itu tidak akan dibiarkan terabai dan menjadi projek 'gajah putih' kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Litar Sepang akan dimanfaatkan sepenuhnya dan ia tidak akan menjadi projek gajah putih, banyak aktiviti akan diadakan di situ," katanya pada sidang media di Pusat Media SIC di sini, hari ini.

Perdana menteri dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada

Baca Selanjutnya: Litar Sepang Tidak Akan Jadi Projek 'Gajah Putih' - PM Najib

KUALA LUMPUR - Pencapaian cemerlang atlet Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) bukan sahaja membanggakan negara, malah membawa kepada suasana lebih positif dalam kalangan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, beliau berjumpa dengan ramai orang yang memberikan reaksi positif memuji peranan dan kejayaan kontinjen Malaysia.

"Jadi saudara saudari sekalian telah mengubah 'mood' negara kita dan boleh dikatakan tanpa mengira latar belakang keturunan, agama

Baca Selanjutnya: KL2017: Rakyat Bangga Kejayaan Atlet - Najib

JUARA dunia keirin, Azizulhasni Awang, atau lebih dikenali dengan jolokan "The Pocket Rocketman" menepati ramalan selepas berjaya mengungguli acara pecut individu lelaki untuk meraih pingat emas di Velodrom Nasional, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan itu menjadi emas yang ke-111 berjaya dikutip oleh kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, menepati sasaran yang ditetapkan dalam mengejar penghormatan sebagai juara keseluruhan.

Azizulhasni menewaskan rakan senegara, Shah Firdaus

Baca Selanjutnya: Azizulhasni Kutip Emas Ke-111 Malaysia

Lebih banyak artikel..