21
Sel, Nov
913 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Penantian emas acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA selama 14 tahun berjaya ditamatkan hari ini selepas Khairul Hafiz Jantan memenangi perlumbaan riben biru itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Atlet berusia 19 tahun itu mencatat 10.38 saat, mendahului pemenang emas Singapura 2015 dari Filipina, Eric Cray (10.43s) manakala pelari Thailand, Kritsada Nasuwun (10.43) di tempat ketiga.

Pingat emas itu adalah emas kedua dari sukan olahraga hari ini, selepas Irfan Shamshuddin memenangi acara lempar cakera.

Untuk rekod, kali terakhir pelari Malaysia memenangi emas pada acara tersebut di Sukan SEA adalah menerusi Nazmizan Muhammad pada tahun 2003.

SETIU - Kebanggaan negara dan rakyat!. Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda 'Rtes Annaversary' bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.

Baginda yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3 pagi tadi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini dan membenam rekod tiga jam lebih awal untuk menamatkan

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Malaysia menghidupkan peluang ke separuh akhir selepas bangkit daripada ketinggalan satu gol dan menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan A saingan bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), malam ini.

Pemain gantian, N. Thanabalan muncul wira skuad negara apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit ke-74 sekali gus menceriakan kira-kira 32,000 penyokong yang hadir di Stadium Shah Alam, di sini.

Singapura yang tewas 0-2 kepada Myanmar dalam aksi

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin percaya skuad bola sepak bawah 22 (B-22) negara berpotensi untuk melangkah lebih jauh pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) selepas menyaksikan sendiri pasukan negara menewaskan Brunei 2-1 pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Shah Alam, malam ini.

Beliau berkata barisan serangan negara perlu lebih tajam dan efektif untuk menghasilkan jaringan pada perlawanan seterusnya bertemu Singapura Rabu ini.

"Kita sepatutnya boleh memenangi

Baca Selanjutnya...

SETIU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memenangi dua pingat emas dan satu perak untuk kontinjen Malaysia dalam acara kuda lasak 80 kilometer pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), di sini, hari ini.

Baginda yang menunggang Rtes Annaversary menyumbang pingat emas acara individu, diikuti rapat seorang lagi wakil negara, Mohd Bulkhari Rozali yang menunggang JQ Tuan Junior untuk memenangi perak.

Sekali pun Mohammad Fuad Hashim yang menunggang Mora Makaka menamatkan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Malaysia meraih kilauan emas sulung menerusi acara chinlone linking yang turut menjadi pingat emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 hari ini.

Pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini, skuad chinlone negara yang diketuai Muhammad Faiz Roslan beraksi bak wira untuk menyambar emas dengan mengumpul 391 mata menewaskan Filipina yang mengutip 271 mata.

Malaysia mempamerkan aksi bertenaga sejak di pusingan awal dengan mengumpul 376 mata diikuti Filipina dengan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Liga Super buat kali keempat berturut-turut walaupun tewas 1-2 kepada Selangor pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini Sabtu malam.

Kekalahan itu tidak menggugat JDT untuk terus mempertahankan Piala Liga Super menerusi kelebihan 11 mata berbanding pencabar terdekat, Kedah dengan tiga baki perlawanan.

Lebih manis, kejayaan tersebut turut disaksikan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..