25
Ahd, Feb
712 ARTIKEL BARU

40058_heroaBINTANG sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia buat kali kedua pada Isnin.

Ronaldo berjaya mengetepikan pencabarnya, Lionel Messi daripada memenangi anugerah itu buat kali kelima berturut-turut.

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sepasukan saya sama ada yang beraksi untuk kelab dan negara.

"Tanpa usaha mereka, perkara ini tidak akan menjadi kenyataan. Saya amat gembira, terlalu sukar untuk memenangi anugerah ini," katanya.

Beliau menitiskan air mata ketika berucap selepas menerima anugerah tersebut.

Pemain Barcelona, Messi yang dibelenggu kecederaan pada akhir tahun lalu, menduduki tempat kedua dengan undian 24.72 peratus.

Franck Ribery dari Perancis pula ditempat ketiga dengan memperoleh undian sebanyak 23.36 peratus.

Ronaldo merangkul trofi berprestij itu dengan mendapat 1,365 mata, dihadapan Messi (1,205 mata) manakala Frank Ribery meraih 1,127 mata.

Latar belakang:

Nama penuh: Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro

Tarikh lahir: 5 Februari 1985

Tempat lahir: Funchal, Madeira, Portugal

Posisi: Penyerang sayap

Kelab terkini: Real Madrid

Jersi: No.7

Kelab: Sporting CP (2002-2003), Manchester United

Baca Selanjutnya...

Snip20140113_3Kuala Lumpur: “Umpama besi berkarat yang semakin reput”.

Itu antara pandangan Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia terhadap tiga individu tertinggi dalam Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) iaitu Presidennya Datuk Ahmad Ismail, Setiausaha Agung Datuk Arshad Yahya yang mula memegang jawatan berkenaan sejak 2003 selain Penolong Setiausaha Agung 1 Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang dilantik pada 2011.

“Kami sememangnya tidak berpuas hati dengan pengurusan

Baca Selanjutnya...

Capture  

SHAH ALAM: Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun

Baca Selanjutnya...

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sepatutnya malu dengan bekas jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek apabila berjaya membantu Misbun Ramdan Misbun meraih dua gelaran selepas mengungguli saingan Cabaran Antarabangsa Slovenia kelmarin dan Portugal bulan lalu.

Malah, Ramdan, 23, kini dilihat calon terbaik menggantikan Lee Chong Wei - bertepatan dengan matlamatnya ketika keluar daripada BAM, apatah lagi pemain yang berada di bawah badan induk itu masih belum menunjukkan
Baca Selanjutnya...

gerarrd300STOKE, England: Liverpool kembali mengisi kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Stoke City 5-3 di Stadium Britannia, awal pagi Isnin.

Pada perlawanan itu penyerang Liverpool, Luis Suarez menjaringkan dua gol sekali gus merekodkan 22 gol dalam aksi liga musim ini.

Daniel Sturridge yang diturunkan dari bangku simpanan turut menjaringkan gol untuk meletakkan Liverpool terus di depan.

Liverpool hanya mengambil masa lima minit untuk memecah kebuntuan hasil gol yang

Baca Selanjutnya...

BADMINTON PIALA SUDIRMAN

KUALA LUMPUR: Malaysia tumpas di tempat sendiri apabila gagal mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 setelah tewas dengan pasukan Jerman 3-2 pada pusingan peringkat Kumpulan C pada Selasa.

Langkah tempang Malaysia bermula dengan kekalahan pertama melalui beregucampuran nombor lima dunia Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang mengejutkan banyakpihak termasuk ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek dan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

"Beregu

Baca Selanjutnya...

raja_new

PETALING JAYA: Peraturan Artikel 88 terus dikritik hebat oleh orang ramai termasuk pemimpin dan pembaca The Star selepas jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagopal bakal berdepan tindakan berat kerana memberi komen selepas tamat perlawanan.

Rajagobal menyuarakan kekecewaannnya mengenai kekurangan penyerang semula jadi tempatan di dalam Liga Malaysia tetapi kenyataannya disifatkan sebagai mengkritik skuad kebangsaan.

Beliau kini bakal hukuman berat daripada jawatankuasa disiplin FAM.

Peminat

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..