23
Sab, Feb
0 ARTIKEL BARU

gerarrd300STOKE, England: Liverpool kembali mengisi kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Stoke City 5-3 di Stadium Britannia, awal pagi Isnin.

Pada perlawanan itu penyerang Liverpool, Luis Suarez menjaringkan dua gol sekali gus merekodkan 22 gol dalam aksi liga musim ini.

Daniel Sturridge yang diturunkan dari bangku simpanan turut menjaringkan gol untuk meletakkan Liverpool terus di depan.

Liverpool hanya mengambil masa lima minit untuk memecah kebuntuan hasil gol yang dijaringkan ke gawang sendiri oleh pemain tuan rumah, Ryan Shawcross.

Suarez menggandakan gol pada minit ke-32 sebelum Stoke menjadikan persaingan kembali sengit menerusi jaringan Peter Crouch pada minit ke-39.

Lima minit kemudian, Charlie Adam melakukan larian pantas ke tengah gelanggang dan merembat masuk penyudah berbisa untuk meletakkan kedudukan seri 2-2.

Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas Wilson dilihat menjatuhkan Raheem Sterling.

Steven Gerrard menyempurnakan sepakan penalti itu dengan mudah untuk gol ketiga Liverpool.

Ketika perlawanan berbaki 25 minit, Sturridge diturunkan dari bangku simpanan selepas pulih daripada kecederaan.

Dia hanya mengambil masa lima minit untuk mencipta

Baca Selanjutnya: #Sukan : Liverpool Benam Stoke, Kembali Menduduki Empat Teratas

Capture  

SHAH ALAM: Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun

Baca Selanjutnya: #PialaMalaysia : Tok Gajah tamat kemarau 21 tahun

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sepatutnya malu dengan bekas jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek apabila berjaya membantu Misbun Ramdan Misbun meraih dua gelaran selepas mengungguli saingan Cabaran Antarabangsa Slovenia kelmarin dan Portugal bulan lalu.

Malah, Ramdan, 23, kini dilihat calon terbaik menggantikan Lee Chong Wei - bertepatan dengan matlamatnya ketika keluar daripada BAM, apatah lagi pemain yang berada di bawah badan induk itu masih belum menunjukkan
Baca Selanjutnya: Ramdan Misbun Raih Dua Gelaran Terbaru

SEPANG: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia merancang untuk membuka kaunter khas berkonsepkan 'Siapa Cepat, Dia Dapat' kepada penyokong Harimau Malaya yang ingin ke Bangkok, Thailand.

Harimau Malaya akan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Supachalasai, Bangkok, Khamis ini.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal mencapai keputusan seri 1-1 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini semalam.

Timbalan Ketua Pegawai

Baca Selanjutnya: Air Asia Rancang Buka Kaunter Khas Untuk Penyokong Harimau Malaya Ke Bangkok

BADMINTON PIALA SUDIRMAN

KUALA LUMPUR: Malaysia tumpas di tempat sendiri apabila gagal mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 setelah tewas dengan pasukan Jerman 3-2 pada pusingan peringkat Kumpulan C pada Selasa.

Langkah tempang Malaysia bermula dengan kekalahan pertama melalui beregucampuran nombor lima dunia Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang mengejutkan banyakpihak termasuk ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek dan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

"Beregu

Baca Selanjutnya: Piala Sudirman :- Malaysia Gagal Mara Ke Pusingan Suku Akhir

raja_new

PETALING JAYA: Peraturan Artikel 88 terus dikritik hebat oleh orang ramai termasuk pemimpin dan pembaca The Star selepas jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagopal bakal berdepan tindakan berat kerana memberi komen selepas tamat perlawanan.

Rajagobal menyuarakan kekecewaannnya mengenai kekurangan penyerang semula jadi tempatan di dalam Liga Malaysia tetapi kenyataannya disifatkan sebagai mengkritik skuad kebangsaan.

Beliau kini bakal hukuman berat daripada jawatankuasa disiplin FAM.

Peminat

Baca Selanjutnya: Artikel 88 Terus Dikritik Hebat

KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad bakal menyaksikan saingan kedua di Bangkok nanti sebagai perlawanan 'hidup mati' skuad negara.

Aksi bertenaga anak buah Datuk K Rajagobal pada separuh masa pertama gagal mencuri sebarang gol walaupun mereka dilihat lebih menguasai permainan.

Harimau Malaya memulakan aksi garang di depan hampir 70,000 penonton yang hadir dengan meletakkan Norshahrul Idlan

Baca Selanjutnya: Pasukan Malaysia Sekadar Seri 1-1 Dengan Thailand

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.