24
Ahd, Jun
64 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR,  Skuad bola sepak kebangsaan kalah 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' di Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini.

Pada perlawanan itu, pasukan tuan rumah melancarkan serangan bertali arus ke kubu skuad kebangsaan sebaik sahaja permainan bermula namun trio pertahanan negara iaitu Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Fadhli Mohd Shas berjaya mematahkan setiap percubaan mereka. Bersambung separuh masa kedua, ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal membuat beberapa pertukaran termasuk mengeluarkan dua pemain penyerang iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali dan memasukkan Baddrol Bakhtiar dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak bagi mempertajamkan bahagian serangan namun masih gagal menembusi pertahanan Vietnam. Pasukan tuan rumah akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-73 menerusi penyerang mereka, Nguyen Trong Hoang yang memanfaatkan hantaran sebelah kanan daripada rakan sepasukan untuk menewaskan penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Kedua-dua pasukan kemudian berusaha untuk mencari gol namun ketumpulan di barisan hadapan menyaksikan keputusan itu kekal sehingga tamat permainan. -- BERNAMA