16
Jum, Nov
46 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Liga Super buat kali keempat berturut-turut walaupun tewas 1-2 kepada Selangor pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini Sabtu malam.

Kekalahan itu tidak menggugat JDT untuk terus mempertahankan Piala Liga Super menerusi kelebihan 11 mata berbanding pencabar terdekat, Kedah dengan tiga baki perlawanan.

Lebih manis, kejayaan tersebut turut disaksikan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan menyaksikan perlawanan itu.

Untuk rekod, JDT muncul juara Liga Super sejak 2014.

Pada aksi di Selayang, JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Natxo Insa pada minit ke-38 sebelum Selangor bangkit melakar dua gol hasil sumbangan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-59 dan pemain gantian, Andik Vermansah pada minit ke-77.

Kedah pula gagal merapatkan jurang mata dengan JDT setelah kalah 1-2 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pada aksi berkenaan, Pahang meraih jaringan menerusi Yamil Jorge Gonzalo Romero pada minit ke-64 dan Matheus Alves Leandro pada minit ke-79 manakala Kedah memperolehi gol tunggal hasil sentuhan penyudah, penyerang Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-77.

Baca Selanjutnya: JDT Juara Liga Super Kali Keempat Berturut-turut

BANGKOK - Malaysia mengesahkan tiket ke pusingan akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) di China, Januari depan, selepas muncul juara Kumpulan H pada pusingan kelayakan di sini, malam ini.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee layak secara automatik selepas mengalahkan Mongolia 2-0 manakala pencabar terdekat, Thailand, hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Indonesia.

Malaysia menamatkan kempen kelayakan dengan mengungguli kumpulan tersebut dengan enam mata

Baca Selanjutnya: Malaysia Sah Ke Pusingan Akhir Piala AFC B-23

BANGKOK - Malaysia memulakan kempen kelayakan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) dengan langkah kanan apabila menewaskan Indonesia 3-0 dalam saingan Kumpulan H di Stadium Nasional Supachalasai, di sini, hari ini.

Persiapan ala kadar tanpa enam pemain yang tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing tidak menjejaskan rentak skuad Datuk Ong Kim Swee untuk menghasilkan tiga jaringan pada separuh masa pertama.

Keputusan tersebut telah menyuntik

Baca Selanjutnya: Skuad B-22 Negara Bermula Garang, Benam Indonesia 3-0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh rakyat berdiri teguh memberikan sokongan moral kepada atlet kebangsaan menjelang berlangsungnya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di sini, bulan depan.

Perdana Menteri berkata atlet negara telah berjaya menyatukan hati dan semangat rakyat Malaysia sama ada kalah ataupun menang.

"Sama-samalah kita berdiri teguh di belakang wira-wira kita ini dengan memberikan sokongan moral agar mereka mendapat suntikan semangat dan

Baca Selanjutnya: Sukan SEA: Sokong Atlet Kebangsaan - Najib

KUALA LUMPUR - Kelantangan pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengkritik mutu pengadilan membawa padah apabila digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hukuman berkuat kuasa mulai semalam, selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin.

Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan media di laman rasmi badan induk itu, sebentar tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata Dollah didapati

Baca Selanjutnya: Dollah Digantung 18 Bulan, Denda RM30,000

SHAH ALAM - Skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara mencatat kemenangan 2-0 ke atas skuad B-22 Myanmar pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pada aksi berkenaan, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati sebaik sahaja pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed memulakan perlawanan namun Malaysia berada di hadapan menerusi tandukan N. Thanabalan pada minit ke-26 hasil sepakan percuma Muhd Syazwan Andik Mohd Ishak.

Nagor kemudian memutuskan untuk

Baca Selanjutnya: Aksi Persahabatan: Malaysia Atasi Myanmar 2-0 

KUALA LUMPUR - Malaysia menewaskan India 3-2 dalam perlawanan suku akhir, Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London pada Khamis, untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki Lelaki 2018 yang bakal berlangsung di India.

Tempat keempat teratas sudah mencukupi untuk skuad bimbingan Stephen Van Huizen melayakkan diri ke Piala Dunia untuk kali kelapan selepas layak sebanyak tujuh kali - 1973, 1975, 1978, 1982, 1998, 2002 dan 2014.

Dalam perlawanan menentang India di Pusat Hoki dan Tenis Lee

Baca Selanjutnya: Malaysia Layak ke Piala Dunia Hoki Lelaki 2018

Lebih banyak artikel..