23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

ALOR SETAR - Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Kedah, Tan Cheng Hoe kekal bersama skuad Helang Merah kerana masih mempunyai kontrak dengan Persatuan Bolasepak Kedah ( KFA).  
 
Sehingga ini, KFA belum menerima surat tawaran rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dikatakan berhasrat untuk mengambil Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.
 
Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, selagi Cheng Hoe belum mengemuka surat tawaran rasmi daripada FAM, beliau masih kekal ketua jurulatih Kedah.
 
Menteri Besar menjawab isu Cheng Hoe yang mendapat liputan meluas di media cetak, media elektronik dan media sosial yang menyebut KFA  telah menerima notis penamatan kontrak sebelah pihak pada 1 April lepas.
 
"KFA telah meneliti kandungan surat berkenaan dan meminta Cheng Hoe mengemukakan surat tawaran rasmi dari FAM.
 
"Selagi tiada tawaran rasmi dan pengesahan FAM, KFA tidak akan membuat apa-apa keputusan dalam masa terdekat," kata Ahmad Bashah dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
 
Menurut belia setakat ini tiada permohonan rasmi dari FAM mengenai hasrat FAM untuk melantik Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih pasukan
Baca Selanjutnya...

PETALING JAYA - Peminat sukan di rantau ini bakal menerima siaran berkualiti tinggi sewaktu temasya Sukan SEA 2017, apabila 24 daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan akan disiarkan secara langsung.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jumlah siaran langsung membabitkan lebih daripada 60 peratus sukan yang dipertandingkan, akan disiarkan menerusi televisyen dan streaming mulai 19-31 Ogos.

"Ini adalah liputan secara langsung paling banyak dalam sejarah temasya sukan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengalahkan pilihan ke-10 dari China, Shi Yuqi dalam aksi final Siri Super Premier All England, sebentar tadi.

Chong Wei mengalahkan Shi Yuqi dengan 21-12, 21- 10 dalam aksi yang memakan masa hampir 50 minit.

Kemenangan di Barclaycard Arena, Birmingham hari ini merupakan gelaran keempat All England Chong Wei selepas memenanginya pada 2010, 2011 dan 2014.

"All England ini ialah kejohanan kegemaran saya. Kemenangan ini saya tujukan

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR - Juara Piala Malaysia 2016, Kedah menampilkan barisan pemain yang dilihat lebih mantap bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2017 dengan khidmat dua pemain import yang baharu dari Australia dan Denmark.

Zachary Michael Anderson dan Ken Ilso Larsen yang masing-masing bermain di posisi pertahanan dan penyerang akan bergabung dengan dua pemain import sedia ada iaitu Liridon Krasniqi dan Sandro Mendoca Silva serta pemain tempatan musim lepas termasuk Rizal Ghazali yang sebelum ini

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pemilihan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu bakal mencorakkan semula sukan itu di negara ini, ujar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, perkara tersebut boleh dilihat menerusi visi dan misi yang dijelaskan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi kempen yang dijalankannya untuk jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara.

"Saya ucapkan tahniah kepada TMJ atas kemenangannya sebagai Presiden FAM. 

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran ke arah meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.

Menurut kenyataan syarikat itu pada Selasa, keputusan penajaan TRW itu dibuat secara pentadbiran amalan biasa berdasarkan belanjawan tahunan yang diperuntukkan bagi kegiatan pengiklanan dan pemasaran yang diluluskan oleh lembaga pengarah.

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera memperkenalkan had gaji siling untuk pemain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Velappan yang berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Agung FAM dari 1963-1980, berkata langkah itu penting bagi mengelak pasukan berdepan krisis kewangan dalam mempersiapkan pasukan untuk musim baharu seperti dihadapi beberapa pasukan termasuk Kelantan dan Selangor.

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.