25
Ahd, Feb
712 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran ke arah meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.

Menurut kenyataan syarikat itu pada Selasa, keputusan penajaan TRW itu dibuat secara pentadbiran amalan biasa berdasarkan belanjawan tahunan yang diperuntukkan bagi kegiatan pengiklanan dan pemasaran yang diluluskan oleh lembaga pengarah.

"Penajaan pasukan bola sepak merupakan kaedah pemasaran yang sama seperti pemasaran melalui media elektronik, cetak, atas talian dan kaedah pemasaran 'out of home' yang lain.

"Penajaan ini antara inisiatif bagi memaksimumkan kebolehlihatan jenama syarikat kepada masyarakat umum," menurut kenyataan itu.

Pelaburan Mara Berhad berkata ia mengambil bahagian dalam TRW pada 2016 dengan perbelanjaan RM200,000 dengan membeli pakej pengiklanan komersial yang ditawarkan TRW.

Ia merangkumi sembilan peratus daripada keseluruhan peruntukan syarikat bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran, kata syarikat itu.

Kenyataan itu berkata Pelaburan MARA ialah entiti komersial yang mempunyai peranan berbeza dengan MARA

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR - Juara Piala Malaysia 2016, Kedah menampilkan barisan pemain yang dilihat lebih mantap bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2017 dengan khidmat dua pemain import yang baharu dari Australia dan Denmark.

Zachary Michael Anderson dan Ken Ilso Larsen yang masing-masing bermain di posisi pertahanan dan penyerang akan bergabung dengan dua pemain import sedia ada iaitu Liridon Krasniqi dan Sandro Mendoca Silva serta pemain tempatan musim lepas termasuk Rizal Ghazali yang sebelum ini

Baca Selanjutnya...

SEPANG – Tidak sepatutnya sesetengah pihak mempertikaikan kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

 

"Saya rasa yang bagi kritikan (terhadap kejayaan Faiz) ini, mereka tidak pernah menang anugerah peringkat dunia. Jadi sesiapa saja yang buat kecaman berkenaan benda yang remeh ini mungkin patut lihat kepada pengiktirafan yang Faiz sudah bawa kepada Malaysia," katanya.

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 menjadi penanda aras baharu dalam arena bola sepak tanah air untuk mencapai kecemerlangan di persada antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Bernama, berkata kejayaan itu membuatkan lebih ramai pemain lain akan berusaha untuk mencapai kejayaan di pentas bola sepak dunia.

"Kejayaan ini bukan sahaja buat dirinya namun

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera memperkenalkan had gaji siling untuk pemain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Velappan yang berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Agung FAM dari 1963-1980, berkata langkah itu penting bagi mengelak pasukan berdepan krisis kewangan dalam mempersiapkan pasukan untuk musim baharu seperti dihadapi beberapa pasukan termasuk Kelantan dan Selangor.

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri melahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan yang diraihnya di Zurich, Switzerland pada Selasa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peminat bola sepak di seluruh dunia yang mengundi jaringannya untuk merangkul anugerah yang mengiktiraf jaringan tercantik bagi 2016.

"Perasaan saya memang cukup berbangga, ada perasaan gementar sebentar tadi," katanya ketika ditemu bual

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia apabila merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pagi tadi.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..