17
Isn, Dis
9 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera memperkenalkan had gaji siling untuk pemain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Velappan yang berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Agung FAM dari 1963-1980, berkata langkah itu penting bagi mengelak pasukan berdepan krisis kewangan dalam mempersiapkan pasukan untuk musim baharu seperti dihadapi beberapa pasukan termasuk Kelantan dan Selangor.

"Saya menyokong penuh idea untuk memperkenalkan had gaji siling (oleh pihak tertentu) dan liga kita tidak seharusnya mempunyai pemain import, sebaliknya pemain berbakat dari negara ini beraksi di luar negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Velappan berkata persatuan bola sepak negeri perlu mencari jalan bagi menjana pendapatan untuk membantu pasukan mereka dan bukannya bergantung kepada dana daripada kerajaan negeri masing-masing.

Beliau menegaskan strategi pemasaran yang lemah dalam kalangan pasukan Liga M serta pentadbiran kurang berkesan dalam FAM antara penyumbang utama kepada isu kekangan kewangan yang dihadapi pasukan tempatan.

Mengambil

Baca Selanjutnya: Liga M: FAM Perlu Perkenal Had Gaji Siling

SEPANG – Tidak sepatutnya sesetengah pihak mempertikaikan kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

 

"Saya rasa yang bagi kritikan (terhadap kejayaan Faiz) ini, mereka tidak pernah menang anugerah peringkat dunia. Jadi sesiapa saja yang buat kecaman berkenaan benda yang remeh ini mungkin patut lihat kepada pengiktirafan yang Faiz sudah bawa kepada Malaysia," katanya.

Baca Selanjutnya: Khairy: Jangan Pertikai Kejayaan Faiz Subri

KUALA LUMPUR - Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 menjadi penanda aras baharu dalam arena bola sepak tanah air untuk mencapai kecemerlangan di persada antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Bernama, berkata kejayaan itu membuatkan lebih ramai pemain lain akan berusaha untuk mencapai kejayaan di pentas bola sepak dunia.

"Kejayaan ini bukan sahaja buat dirinya namun

Baca Selanjutnya: Kejayaan Faiz Penanda Aras Baharu Bola Sepak Negara - FAM

KUCHING - Sarawak masih mencari rentak permainan dalam permainannya selepas tewas kepada pasukan Sabah dalam aksi persahabatan di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam tadi.

Sarawak yang membariskan 90 peratus pemain yang terdiri daripada anak tempatan Sarawak gagal menyekat kehebatan Sabah yang menguasai sebahagian besar perlawanan.

Keputusan membariskan majoriti pemain tempatan jelas memakan diri apabila Sarawak gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri selepas kalah kepada Sabah

Baca Selanjutnya: Sarawak Masih Mencari Rentak Permainan Selepas Tewas Menentang Sabah

KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri melahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan yang diraihnya di Zurich, Switzerland pada Selasa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peminat bola sepak di seluruh dunia yang mengundi jaringannya untuk merangkul anugerah yang mengiktiraf jaringan tercantik bagi 2016.

"Perasaan saya memang cukup berbangga, ada perasaan gementar sebentar tadi," katanya ketika ditemu bual

Baca Selanjutnya: Puskas: Hargai Rakyat Malaysia Tidak Putus-putus Doa - Faiz Subri

KUALA LUMPUR – Pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia apabila merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pagi tadi.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68

Baca Selanjutnya: Faiz Subri Catat Sejarah Rangkul Anugerah Puskas FIFA 2016

KUALA LUMPUR - Sejak Anugerah Puskas FIFA diwujudkan pada 2009, hanya tiga pemain Asia tersenarai dalam kalangan 10 calon teratas sebagai penerimanya dan kini, pemain Malaysia, Mohd Faiz Subri, maju setapak lagi apabila tersenarai sebagai antara tiga pesaing teratas untuk memenangi anugerah itu.

Kumi Yokoyama dan Hisato Sato dari Jepun, masing-masing tidak termasuk dalam senarai tiga pesaing teratas untuk menerima anugerah itu pada 2010 dan 2014.

Kini, Mohd Faiz bersaing dengan pemain Brazil

Baca Selanjutnya: Hanya Selangkah Lagi Bagi Faiz Subri Untuk Raih Anugerah Puskas

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.