21
Sel, Nov
913 ARTIKEL BARU

KUCHING - Petang tadi seorang lagi pemain import dari Bulgaria, Zhivko Dinev yang bermain di bahagian pertahanan mencuba nasib bersama pasukan Sarawak.

Menurut laman blog sukan bola sepak sarawakcrocs.com, Zhivko pernah bermain bersama pasukan Sliven 2000 sebelum melanjutkan kerjaya bola sepak profesionalnya di beberapa kelab bola sepak ternama Maldives selain membantu pasukan Maziya menjuarai Liga Dhivehi Premier League pada tahun lepas.

Berusia 29 tahun, Zhivko berketinggian 1.79m dan seorang yang komited dalam latihan seperti mana yang ditunjukkan dalam latihan petang tadi.

Beliau kini masih dalam sesi ujian dan berpeluang mengisi kekosongan di bahagian pertahanan yang ditinggalkan Teah Dennis baru-baru ini jika menunjukkan prestasi yang memuaskan pengurusan Sarawak.

KUCHING - Sarawak menerima dua orang pemain import baharu untuk mencuba nasib bagi mengisi kuota pemain import Sarawak.

Mereka terdiri daripada Andy Lorei (Andrew) dari Amerika Syarikat, 27, dan Kim Seong Hyeon dari Korea Selatan, 23, tiba semalam dan terus menjalani ujian di Padang C, Petra Jaya bersama pasukan Sarawak.

Ketua Jurulatih David Usop ketika ditemui berkata, kedua-dua pemain itu akan bersaing bagi merebut posisi penyerang utama yang masih kosong.

Manakala, satu lagi slot

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR – Kejayaan Lang Merah merangkul Piala Malaysia 2016 yang lalu menyemarak rasa semangat pasukan itu untuk menyasar piala yang ‘baru’ pada musim depan. Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah berkata, Piala Super dan Piala FA adalah sebagai sasaran utama sekaligus melayakkan pasukan itu untuk ke piala AFC.

Beliau berkata demikian sewaktu mempengerusikan Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-41 yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Kongres tersebut

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Kedah, YAB. Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju memberikan cuti umum bagi negeri Kedah pada hari Isnin, 31 Oktober 2016 sekiranya pasukan Lang Merah Berjaya merangkul Juara Piala Malaysia malam esok.

Cuti yang diberikan juga adalah tertakluk kepada Akta Cuti 1951. Menurut Akta ini, sekiranya para pekerja masih lagi dikehendaki bekerja pada 31 Oktober 2016, maka majikan perlu mematuhi perkara berhubung

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Ketua jurulatih Sarawak, David Usop melahirkan rasa gembira dan memuji aksi pemain-pemain muda Sarawak semasa jelajah pramusim di Australia baru-baru ini.

Menurutnya, rata-rata pemain khususnya mereka yang baharu diserapkan dalam skuad senior telah mempamerkan persembahan yang meyakinkan sepanjang jelajah tersebut.

“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan jelajah pramusim kita di Australia… lebih-lebih lagi aksi-aksi hebat yang ditunjukkan oleh barisan pemain muda.

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kedah menjulang Piala Malaysia setelah mengecewakan juara  sebanyak 33 kali, Selangor menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat  1-1 dalam satu pertarungan sengit dan mendebarkan selama dua jam pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi.

Rizal Ghazali muncul wira apabila meledakkan jaringan  sulung skuad Hijau Kuning pada minit ke-52 pada separuh masa kedua dan menyempurnakan sepakan penalti terakhir untuk meletakkan Lang Merah muncul juara dengan

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR - Lebih 30,000 penyokong pasukan Kedah dijangka menggegarkan Stadium Shah Alam untuk menyaksikan penutup temasya kejuaraan Piala Piala Malaysia musim 2016 apabia dua musuh tradisi, Lang Merah dan Red Giant bertemu lagi pada final, Ahad ini.

Sehingga hari ini (Khamis) 9,000 tiket yang dijual di kaunter Stadium Darulaman untuk perseorangan telah habis ibarat'goreng pisang panas'.

Sebanyak 15,972 tiket pula ditempah secara berkumpulan oleh penyokong Kedah yang bakal menaiki 363 buah

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..