22
Sab, Sep
110 ARTIKEL BARU

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa esok (Ahad) susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia, yang menamatkan penantian selama 25 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani selepas perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor, malam ini.

"Ini satu kejayaan bersejarah selepas 25 tahun Johor tidak memenangi Piala Malaysia dan pengumuman cuti ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata pengumuman cuti itu sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang memperkenankan cuti peristiwa itu sekiranya pasukan JDT muncul juara.

Pemberian cuti itu juga selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

 

- BERNAMA

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee atas kejayaan meraih pingat emas pada Kejohanan Terjun FINA Grand Prix Kuala Lumpur 2017 di Puast Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

"Penerjun kita adalah bertaraf dunia ! Tahniah kerana memenangi emas pada Grand Prix Fina KL,"kata Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau, malam ini.

Selepas hampir dua tahun tidak beraksi bersama, gandingan itu masih mampu

Baca Selanjutnya: Najib Ucap Tahniah Kepada Pandelela-Mun Yee

KUALA LUMPUR - Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatur dan mengolah semula dunia bola sepak tanah air daripada peringkat akar umbi agar mampu kembali bersaing dan menjadi nama tersohor di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata antara faktor perlu diberi perhatian adalah pandangan sesetengah ibu bapa yang mungkin tidak melihat kerjaya sebagai pemain bola sepak mempunyai masa depan, dan tanggapan itu perlu ditukar.

"Kita juga perlu menyediakan platform

Baca Selanjutnya: Usaha Perlu Dilakukan Atur Semula Dunia Bola Sepak Tanah Air - Najib

SEPANG - Selepas menganjurkan Kejohanan Formula 1 (F1) dunia selama 19 tahun, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan kereta yang paling dinanti-nantikan di dunia.

Kerajaan Malaysia dengan rasa berat hati mengumumkan pada April keputusan tidak lagi akan menganjurkan F1 disebabkan kos penganjurannya yang tinggi dan jumlah penonton yang merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, beberapa peminat masih berharap kerajaan akan

Baca Selanjutnya: Peminat Tempatan Harap F1 Kembali

JOHOR BAHRU - Prestasi skuad bola sepak kebangsaan dalam pelbagai perlawanan antarabangsa tidak akan berubah mendadak sekalipun jurulatihnya, Nelo Vingada dipecat gara-gara kegagalan membawa kemenangan kepada pasukan negara sejak membimbingnya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah permasalahan terbesar dalam skuad bola sepak negara kini ialah ia tidak mempunyai 'mentaliti meraih kemenangan' dalam kalangan pemainnya yang disifatkannya elemen paling

Baca Selanjutnya: Prestasi Skuad Kebangsaan Tidak Boleh Berubah Mendadak Meskipun Vingada Dipecat

KUALA LUMPUR - Semalam dunia sukan tempatan sekali lagi dikejutkan dengan insiden penggunaan bahan terlarang oleh atlet negara.

Menurut laporan, tiga atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang dan salah seorang daripadanya adalah atlet Malaysia yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos lepas.

Tidakkah mereka belajar daripada kes-kes doping berprofil tinggi yang melibatkan atlet Malaysia sebelum ini?

Tidakkah mereka terkesan dengan apa

Baca Selanjutnya: Kenapa Atlet Masih Ambil Mudah Isu Doping?

SEPANG - Susulan ketiadaan perlumbaan Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula tahun depan, litar itu tidak akan dibiarkan terabai dan menjadi projek 'gajah putih' kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Litar Sepang akan dimanfaatkan sepenuhnya dan ia tidak akan menjadi projek gajah putih, banyak aktiviti akan diadakan di situ," katanya pada sidang media di Pusat Media SIC di sini, hari ini.

Perdana menteri dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada

Baca Selanjutnya: Litar Sepang Tidak Akan Jadi Projek 'Gajah Putih' - PM Najib

Lebih banyak artikel..