23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

Faiz Subri Catat Sejarah Rangkul Anugerah Puskas FIFA 2016

Sukan
Typography

KUALA LUMPUR – Pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia apabila merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pagi tadi.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).

Jaringan tersebut dilakukannya ketika membantu kemenangan 4-1 Pulau Pinang ke atas Pahang dalam saingan Liga Super tahun lalu.

Anugerah Puskas FIFA tersebut disampaikan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Menerusi catatan di Twitternya, Faiz berkata: “Memang di luar jangkaan saya untuk sampai ke tahap ini, bersama-sama dengan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa yang lain. Saya bersyukur dengan Anugerah Puskas FIFA yang diterima ini.”

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat keluarga, pasukan Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga seluruh rakyat Malaysia.