22
Isn, Okt
36 ARTIKEL BARU

Larian Obor Sukan Sea 2107 Rentasi Jambatan Batang Sadong

Sukan
Typography

SIMUNJAN - Larian Obor Sukan Sea 2017 (KL2017) yang berlangsung semalam bagi peringkat Bahagian Samarahan menyaksikan obor berkenaan telah merentasi Jambatan Batang Sadong di sini.

Obor berkenaan telah melalui jarak sejauh 20 kilometer melibatkan tiga peringkat.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, larian obor itu adalah  bertujuan untuk menaikkan semangat rakyat di negara ini memandangkan Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan Sea pada bulan Ogos akan datang.

"Larian ini diadakan adalah bertujuan untuk menaikkan semangat rakyat di negara ini di samping  mahu mencetus semangat kewarganegaraan dan semangat rakyat Malaysia.

"Sukan Sea diadakan di Kuala Lumpur tetapi semangat rakyat penting dari Arau, Perlis hingga Tawau, Sabah kita mahu rakyat bangkit bersama meraikannya," katanya dalam ucapan ketika mengetuai larian berkenaan di Padang Sentral Simunjan, petang semalam. 

Bagi larian peringkat pertama telah menyaksikan Khairy bersama-sama 350 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa obor tersebut merentasi Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer yang juga jambatan terpanjang yang merentasi sungai di negeri ini.

Sebaik melepasi jambatan berkenaan, ianya memasuki peringkat kedua dengan Khairy telah  membawa obor tersebut dan mengetuai konvoi 29 buah motosikal berkuasa tinggi dari jambatan tersebut menuju Pekan Simunjan.

Sementara itu, bagi peringkat ketiga pula menyaksikan Khairy bersama penduduk tempatan, orang kelainan upaya (OKU) dan juga seramai 150 anggota ATM membawa obor tersebut menuju Padang Sental di Pekan Simunjan.

Obor berkenaan kemudiannya telah diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong.

 

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.