24
Jum, Nov
956 ARTIKEL BARU

Bola Sepak: Perjuangan Malaysia Belum Berakhir

Sukan
Typography

"PERJUANGAN kami belum berakhir", itu reaksi jurulatih bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee setelah pasukannya berjaya melangkah ke pentas final menerusi kemenangan 1-0 ke atas Indonesia dalam aksi separuh akhir hasil jaringan N. Thanabalan.

Skuad muda negara menamatkan penantian enam tahun melangkah ke pentas final Sukan SEA.

Kali terakhir mereka melakukannya di Jakarta 2011, kejayaan semalam turut mengulangi pencapaian 16 tahun lalu apabila layak ke perlawanan akhir selaku tuan rumah pada 2001.

Kegembiraan itu bagaimanapun enggan dirai Kim Swee kerana baginya ada misi yang lebih penting perlu dilunaskan iaitu merampas semula pingat emas daripada Thailand.

"Saya perlu menunggu tiga hari lagi sebelum boleh bergembira, ia merupakan satu keputusan yang baik kerana kami layak ke final tetapi tidak boleh terlalu meraikan kejayaan ini. Pemain-pemain perlu kembali memberikan fokus untuk perlawanan final berdepan Thailand, kata Kim Swee.

Dalam pertemuan yang penuh mendebarkan itu, gol yang dinanti kunjung tiba pada minit ke-86 apabila Thanabalan menanduk tepat bola sepakan sudut Norazam Azih untuk menggamatkan Stadium Shah Alam.

Sementara itu, ini merupakan kekalahan kedua skuad muda garuda kepada skuad muda negara dalam tempoh sebulan.

Tewas 3-0 pada aksi kelayakan AFC Bawah 23 di Bangkok bulan lalu, dan sekali lagi tewas amat memeritkan buat pengendalinya, Luis Milla Aspas.

"Aksi hari ini menghiburkan, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan masing-masih tetapi saya kecewa dan sedih dengan kekalahan ini, sedih kepada pemain yang telah berusaha keras untuk memenangi perlawanan," ujar Milla.

 

Stadiumastro.com