20
Sel, Feb
724 ARTIKEL BARU

Najib Ucap Tahniah Kepada Pandelela-Mun Yee

Sukan
Typography

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee atas kejayaan meraih pingat emas pada Kejohanan Terjun FINA Grand Prix Kuala Lumpur 2017 di Puast Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

"Penerjun kita adalah bertaraf dunia ! Tahniah kerana memenangi emas pada Grand Prix Fina KL,"kata Perdana Menteri dalam catatan Twitter beliau, malam ini.

Selepas hampir dua tahun tidak beraksi bersama, gandingan itu masih mampu mengekalkan keserasian apabila menyumbang emas kepada Malaysia dalam acara 10 meter platform seirama.

Gandingan negara itu mengumpul 311.28 mata, perbezaan 30.60 mata di di depan pasangan Australia, Emily Boyo-Nikita hans (280.66 mata) yang merangkul perak sementara gangsa menjadi milik gandingan Korea Selatan, Kim Suji-Cho Eunbi dengan jumlah kutipan 275.10 mata.

Malaysia turut meraih pingat perak menerusi gandingan Nur Dhabitah Sabri-Gabriel Gilbert dalam acara 3m papan anjal seirama campuran dengan 272.15 mata, dibezakan 3.19 mata di belakang pemenang emas, Reo Nishida-Hazuki Miyamoto dari Jepun.

Gangsa dimenangi pasangan Korea Selatan, Suji-Woo Haram dengan 268.02 mata.

Skuad negara menamatkan kempen dengan dua emas, empat perak dan sebutir gangsa.

 

- BERNAMA