20
Sel, Feb
724 ARTIKEL BARU

JDT Juara Piala Malaysia, Johor Cuti Ahad

Sukan
Typography

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa esok (Ahad) susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia, yang menamatkan penantian selama 25 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani selepas perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor, malam ini.

"Ini satu kejayaan bersejarah selepas 25 tahun Johor tidak memenangi Piala Malaysia dan pengumuman cuti ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata pengumuman cuti itu sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang memperkenankan cuti peristiwa itu sekiranya pasukan JDT muncul juara.

Pemberian cuti itu juga selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

 

- BERNAMA