16
Kha, Ogs
56 ARTIKEL BARU

Serangan pantas Perancis buat Croatia 'terduduk'

Sukan
Typography

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 1:45 AM

MOSCOW: Perancis menjuarai Piala Dunia buat kali kedua selepas menundukkan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Luzhniki, sebentar tadi.

Keputusan itu turut menyaksikan Perancis menamatkan impian Croatia untuk menjulang trofi Piala Dunia buat julung-julung kalinya.

Perancis mendahului 1-0 pada babak pertama hasil jaringan sendiri Mario Mandzukic sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan buat Croatia yang mara buat kali pertama ke final.

Antoine Griezmann bagaimanapun kembali meletakkan Perancis di depan apabila menyudahkan sepakan penalti yang diberikan selepas pengadil melihat semula insiden di dalam kotak penalti menerusi video bantuan pengadil (VAR).

Jaringan pantas Paul Pogba dan Kylian Mbappe pada pertengahan babak kedua seakan sudah meletakkan kejuaraan bersama Perancis.

Namun, Mandzukic mengembalikan aksi yang mendebarkan dalam tempoh 20 minit terakhir apabila merapatkan kedudukan selepas meledak gol kedua hasil kesilapan yang dilakukan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Perancis bagaimanapun berjaya mengekang asakan bertali arus Croatia hingga tamat permainan untuk menjulang trofi buat kali kedua selepas kejayaan mereka di tempat sendiri, 20 tahun yang lalu.

“Ia memang manis. Ia menakjubkan. Kami tidak beraksi dengan cukup cemerlang tetapi kami mempamerkan kualiti mental yang cukup kuat,”

“Kami juga menjaringkan empat gol. Kami layak menerimanya. Saya sangat gembira dengan pasukan ini.

“Kami sudah melangkah cukup jauh dan ia bukannya mudah, terima kasih kepada kerja kuat dan kini mereka berapa di puncak dunia sehingga empat tahun akan datang,” kata Jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Sementara itu, Griezman pula hilang kata-kata selepas pasukannya dinobatkan selaku juara Piala Dunia.

“Saya tidak tahu di mana saya berada, ia memang hebat....sangat gembira. Ia perlawanan yang sukar. Croatia mempamerkan aksi yang baik.