18
Ahd, Nov
46 ARTIKEL BARU

Lorenzo dibenarkan berlumba di GP Malaysia

Sukan
Typography

SEPANG, 2 Nov (Bernama) – Juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo dari Pasukan Ducati akan kembali berlumba hujung minggu ini di Moto GP Grand Prix (GP) Malaysia selepas menarik diri daripada perlumbaan di Thailand, Jepun dan Australia akibat kecederaan.

Menurut laman web rasmi MotoGP, www.motogp.com, Lorenzo mendapat kelulusan daripada doktor di Litar Antarabangsa Sepang untuk berlumba hujung minggu ini.

"Hanya lapan hari yang lalu mereka membedah ligamen di pergelangan tangan saya tetapi saya berasa lebih baik," kata Lorenzo.

"Ia masih sangat awal dan kita perlu menunggu untuk melihat bagaimana pergelangan tangan saya ketika menunggang motosikal, apa risiko yang ada dan tahap kesakitan yang akan saya rasakan semasa saya menunggang. Saya harap saya boleh menunggang tetapi saya masih belum pulih seratus peratus dan litar Sepang sangat mencabar dan bukanlah litar yang ideal untuk kembali berlumba,” katanya.