27
Sel, Jun
634 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Tindakan Rusia menggunakan kuasa veto menolak resolusi yang dibentangkan Malaysia kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan tribunal antarabangsa berkenaan nahas penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada 8 Mac tahun lepas menunjukkan yang mereka mahu diberikan hak untuk mengemukakan bukti seadilnya.

Peguambela dan peguamcara, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berpandangan tindakan Rusia itu kerana Ukraine merupakan sebahagian daripada badan siasatan nahas tersebut.

"Rusia sebenarnya tidak menentang penyiasatan, pendakwaan, tidak menentang proses keadilan dilaksanakan. Namun, apa yang Rusia mahu mereka diberi juga hak untuk mengemukakan bukti seadilnya.

Syed Iskandar memberi contoh Resolusi 2166 yang sedang digunakan untuk cubaan menubuhkan tribunal secara jelas menghargai kerjasama Ukraine.

"Memang benar Ukraine adalah (lokasi) di mana negara pesawat tragedi berkenaan berlaku tetapi dalam kes ini ada satu konflik kepentingan namun tidak jelas siapa yang melakukan jenayah ini.

"Jadi, adalah kurang molek untuk Ukraine turut berada dalam badan siasatan. Ukraine boleh berada di luar (dan) memberi

Baca Selanjutnya...

NEW YORK - Russia menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan tribunal khas untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine.

Sebelas daripada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB mengundi menyokong resolusi itu yang dirangka oleh Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine.

Russia menggunakan kuasa veto. Angola, China dan Venezuela berkecuali. Sesi Majlis Keselamatan PBB itu bermula

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Agensi berita Rusia RIA Novosti memohon maaf atas kuiz atas talian mengenai nahas penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang diterbitkannya pada 17 Julai lalu.

Kuiz berkenaan mempunyai gambar-gambar bangkai pesawat MH17 dan juga acara pengebumian mangsa-mangsa.

Ia juga mempunyai soalan tentang tragedi berkenaan dan siapa bertanggungjawab kepada kawasan tragedi pesawat sebelum kedatangan pakar penerbangan. 

Lapor Asia Times, kuiz berkenaan dikritik hebat pengguna media sosial yang

Baca Selanjutnya...

PETALING JAYA: Malaysia telah mendapat persetujuan dengan kumpulan pemisah Ukraine yang mengawal sekitar lokasi nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, bagi membolehkan pasukan polis antarabangsa memasuki kawasan itu untuk memberi perlindungan kepada penyiasat kemalangan antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, selaras dengan perjanjian sebelum ini bersama pemimpin kumpulan pemisah, Alexander Borodai pada Ahad bersetuju untuk membenarkan

Baca Selanjutnya...

KUCHING: Keluarga Tambi Jiee, yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai tahun lalu, kini dalam proses mendapatkan surat kebenaran mentadbir bagi urusan menerima pampasan akibat insiden itu.

Pesawat itu yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Russia turut mengorbankan isteri Tambi, Ariza Ghazalee, 46 dan empat orang anak mereka, Muhammad Afif, 19; Muhammad Afzal, 17; Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13. Drahman, abang sulung Tambi berkata

Baca Selanjutnya...

P1 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kabinet menyertai lautan manusia di Dataran Merdeka dalam program 'Doa Untuk Malaysia' bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Program yang julung kali diadakan ini berjaya menarik kira-kira 80,000 rakyat yang sebelum itu turut menunaikan solat maghrib, isya dan hajat. Dataran Merdeka menjadi titik tumpu program 'Doa Untuk Malaysia' merupakan tanda solidariti rakyat Malaysia ketika negara dijengah musibah. w3 Program

Baca Selanjutnya...

KIEV: Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lt Kol Mohd Sukri Hussain, yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..