17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

“Saya beri amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) jika saya disingkirkan, negeri Selangor akan balik kepada Barisan Nasional. “Saya tidak akan undur diri. Tetapi saya minta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika itu yang mereka mahu,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tanpa berselindung atau mungkin sudah muak dengan karenah ahli dan pemimpin parti, Menteri Besar Selangor itu menjelaskan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah tidak boleh disorok lagi dan sangat memalukan. “Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai masalah tetapi apa yang berlaku sepatutnya tidak berlaku. Amatlah memalukan bila orang luar melihat perangai ahli PKR. “Terus terang saya nyatakan di sini, bukan ugutan tetapi jika saya dipaksa meletak jawatan dengan cara ini, saya amat yakin Selangor akan dirampas oleh BN dengan mudah nanti,” tegasnya.

Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh Pas dan DAP. Malah kekecohan dalam pemilihan PKR yang belum selesai hingga hari ini turut memburukkan Abdul Khalid

Baca Selanjutnya...

SHAH ALAM - Pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata baginda berkenan untuk membatalkan pelantikan lima anggota Exco terbabit secara bertulis atas nasihat beliau sebagai Menteri Besar.

"Saya telah menulis surat kepada baginda pada pukul 2 petang semalam selepas terima berita lima Exco terbabit

Baca Selanjutnya...

daulat tuanku SHAH ALAM -Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya 'bersyukur' kerana Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali, dilantik Menteri Besar Selangor yang baharu selepas kemelut berlarutan merebut kerusi nombor satu negeri ini. Penganalisis berpendapat, demi kepentingan semua rakyat Selangor, sudah tiba masanya PKR meletakkan titik noktah kemelut yang dimulakan menerusi 'Langkah Kajang' pada awal tahun ini, yang turut menimbulkan konflik dalaman terhadap kerjasama PKR-PAS-DAP. Pensyarah Geo-Politik
Baca Selanjutnya...

KEADILAN menegaskan bahawa Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor. Dalam satu kenyataan media Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan KEADILAN berpegang teguh kepada keputusan parti sebelum ini termasuk mesyuarat Biro Politik minggu lalu. Perkara ini juga jelasnya, sebagai menjawab beberapa dakwaan yang timbul akibat laporan-laporan media berkenaan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang
Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR: Ternyata ahli PKR berketuruan India kecewa dan hampa dengan pilihan senarai Exco Selangor baru yang dipilih oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali minggu lepas. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata beliau tidak dapat menjawab apabila akar umbi bertanya kepadanya mengapa tiada wakil kaum India dari PKR yang dilantik menjadi Exco. Katanya, keahlian di Selangor terdiri daripada pelbagai kaum dimana 50 peratus adalah kaum Melayu manakala
Baca Selanjutnya...

azmin PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada Isnin malam mengesahkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 berkuat kuasa esok selepas Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang. Katanya, beliau telah menerima surat pelantikan itu setelah diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dipersetujui sebulat suara oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta
Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR: Tenangkah krisis politik Selangor selepas lantikan menteri besar baharu Selasa ini? Beberapa penganalisis politik berpendapat pakatan pembangkang perlu akur dan menerima secara terbuka apa juga keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam memuktamadkan perkenan baginda siapa menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata krisis politik Selangor yang pakatan pembangkang sendiri
Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..